UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Ab. Razak Salleh
Title :Faktor penyumbang terhadap penerimaan teknologi computer dalam kalangan Guru Sekolah Rendah, di Daerah Besut, Terengganu
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2011
Notes :with CD
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan korelasi secara langsung dan tidak langsung di antara pembolehubah penyumbang (pengalaman komputer, keberkesanan kendiri komputer, tanggapan kesenangan penggunaan dan tanggapan kebergunaan) dengan pembolehubah bersandar (kecenderungan mengguna teknologi komputer) dalam kalangan guru sekolah rendah berasaskan Model Penerimaan Teknologi (TAM) yang dibangunkan oleh Davis (1986). Kajian soal selidik ini melibatkan sampel seramai 341 orang guru yang dipilih secara rawak berkelompok dan menggunakan analisis bivariat Pearson dan regresi. Keputusan analisis bivariat Pearson mendapati terdapat perhubungan langsung yang signifikan (p < .01) di antara pengalaman komputer (r =.42), keberkesanan kendiri komputer (r = .35), tanggapan kesenangan penggunaan teknologi komputer (r = .59) dan tanggapan kebergunaan teknologi komputer (r = .56) dengan kecenderungan mengguna teknologi komputer. Dapatan analisis regresi berbilang tatatingkat menunjukkan pengalaman komputer mempunyai kesan tidak langsung (pengantaraan separa) ke atas kecenderungan mengguna teknologi komputer melalui tanggapan kesenangan penggunaan (β = .19) dan tanggapan kebergunaan (β = .17). Manakala keberkesanan kendiri komputer mempunyai kesan tidak langsung (pengantaraan penuh) ke atas kecenderungan mengguna melalui tanggapan kesenangan penggunaan (β = .22), sebaliknya kesan tidak langsung tidak wujud (tiada pengantaraan) di antara keberkesanan kendiri komputer dengan kecenderungan mengguna teknologi komputer melalui tanggapan kebergunaan (β = -.01). Tanggapan kesenangan penggunaan teknologi komputer pula mempunyai perhubungan langsung ke atas tanggapan kebergunaan teknologi komputer (β = .40) dan kesan tidak langsung (pengantaraan separa) ke atas kecenderungan mengguna teknologi komputer melalui tanggapan kebergunaan (β = .16). Pengalaman komputer (β = .35) dan keberkesanan kendiri komputer (β = .43) secara jelas menyumbang kepada tanggapan kesenangan penggunaan, manakala hanya pengalaman komputer (β = .37) menyumbang kepada tanggapan kebergunaan tetapi bukannya keberkesanan kendiri komputer (β = .02). Dapatan mengesahkan bahawa guru meletakkan keutamaan kepada faktor mudahnya penggunaan teknologi komputer sebelum mengambil kira faktor kebergunaannya. Justeru, pihak pengurusan sekolah perlu menitikberatkan kursus dan perbengkelan penggunaan perisian secara berkala untuk meningkatkan pengalaman komputer dan keberkesanan kendiri komputer guru supaya memudahkan penggunaannya dan seterusnya mereka bercenderungan untuk meningkatkan penggunaan teknologi komputer. Jika inisiatif ini berterusan ianya membolehkan mereka menjadi model ke arah memantapkan budaya kepenggunaan teknologi komputer di sekolah. Panduan daripada hasil penyelidikan ini boleh dipanjangkan untuk pembuat dasar dan ahli akademik untuk memasukkan pembolehubah lain seperti profisiensi teknologi, insentif kewangan, jenis sekolah dan sebagainya yang lebih berkait dengan aspek pendidikan di masa akan datang.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.