UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :L Education (General)
ISSN :2232-0393
Main Author :Abdullah Norazilawati, Mohamed Noh Noraini, Wong Kung Teck, Hamzah Mahizer,
Title :Pembinaan dan penilaian makmal maya (Nora VLab) untuk menerapkan kemahiran proses Sains dalam kalangan murid
Place of Production :Universiti Pendidikan Sultan Idris
Year of Publication :2016

Abstract :
Kajian ini bertujuan membina dan menilai makmal maya (Nora VLab) yang berasaskan aplikasi multimedia bagi menerapkan kemahiran proses sains dalam kalangan murid. Terdapat tiga objektif kajian ini iaitu membangunkan perisian makmal maya (Nora VLab) dalam satu sub tajuk iaitu “Ketumpatan”, mengkaji kebolehgunaan perisian Nora VLab dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mengkaji kebolehgunaan perisian Nora VLab untuk membantu murid dalam penerapan kemahiran proses sains. Model rekabentuk pengajaran ADDIE diguna sebagai panduan rekabentuk Nora VLab. Kajian ini terdiri daripada tiga fasa. Fasa pertama kajian bertujuan untuk mengumpul maklumat tentang kesukaran dan kekerapan tajuk Ketumpatan terdapat dalam sukatan mata pelajaran sains, model pembelajaran serta reka bentuk yang sesuai. Fasa kedua kajian adalah untuk membangunkan perisian Nora VLab. Susunan konsep dan kemahiran dalam perisian Nora VLab adalah berdasarkan Teori Kognitivisme, Teori Konstruktivisme dan Teori Kontekstual. Program yang digunakan dalam membangunkan Nora VLab ialah Macromedia Flash. Fasa ketiga ialah untuk menilai kebolehgunaan perisian yang dibangunkan yang melibatkan lapan orang pakar. Pengumpulan data dilakukan dengan menggunakan senarai semak. Kajian ini telah menghasilkan satu perisian Nora VLab yang dapat membantu murid menjalankan eksperimen seperti berada di dalam makmal sebenar. Pendekatan pembelajaran melalui Nora VLab menekankan penggunaan pendekatan konteksual, simulasi, visual dan audio didapati dapat menerapkan kemahiran proses sains bersepadu. Nora VLab pastinya menjadikan pembelajaran sains lebih menyeronokkan.

References

1. Alexiou, A. Bouras, C. & Giannaka, E. 2004. Technology Enhanced Learning. Boston : Springer. 2. Alexiou .2011. Handbook On Advancements In Smart Antenna Technologies For Wireless Networks. Igi Global. 3. Dick, W. & Carey, L. M. 1990. The Systematic Design Of Instructional Development Models. Ed. Ke-3. Glenview, Il : Harper Collins Publisher. 4. Dillenbourg, P., & Jermann, P. (2007). Designing Integrative Scripts. In F. Fischer, H. Mandl, J. Haake, & I. Kollar (Eds.), Scripting Computer-Supported Collaborative Learning - Cognitive, Computational, And Educational Perspectives (Pp. 275–301). New York: Springer Computer-Supported Collaborative Learning Series. 5. Li-Chiou, C., & Tao, L. 2012. Teaching Web Security Using Portable Virtual Labs. Journal Of Educational Technology & Society, 15(4), 39. 6. Norazilawati Abdullah. 2013. Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog Vle) Dalam Kalangan Guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia: 2232-0393. 7. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. 8. Ramasundaram, V., Grunwald, S., Mangeot, A., Comerford, N. B., & Bliss, C. M. (2005). Development Of An Environmental Virtual Field Laboratory. Computers & Education, 45(1), 21-34. 9. Read, J. R. & Kable,S. H. 2007. Educational Analysis Of The First Year Chemistry Experiment ‘Thermodynamics Think-In’: An Acell Experiment. Chemistry Education Research And Practice 8 : 255-273. 10. Yusup Hashim. (2003). Konsep Dan Aplikasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (Ict) Dalam Instruksional Dan Pembelajaran. Paper Presented At The Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke -16. 13-16 Jun 2003, Kuala Lumpur. Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia. 11. Singh, G. (2012). Computer Simulations Of Quantum Theory Of Hydrogen Atom For Natural Science Education Students In A Virtual Lab. Journal Of Educational Technology Systems, 40(3), 273-286. 12. Tatli, Z., & Ayas, A. (2013). Effect Of A Virtual Chemistry Laboratory On Students’ Achievement. Journal Of Educational Technology & Society, 16(1), 159-N/A.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.