UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti korelasi sikap dan pengetahuan dengan
kesediaan guru pelatih ISMP Sains UPSI dalam latihan mengajar. Kaedah kajian adalah
penyelidikan kuantitatif iaitu tinjauan sampel dengan menggunakan instrumen soal
selidik. Populasi dipilih dalam kalangan guru-guru pelatih ISMP Sains UPSI yang telah
menjalani latihan mengajar. Kesahan soal selidik disahkan oleh dua orang pakar dan
dianalisis menggunakan nilai Indeks Kesahan Kandungan, CVI. Ia menunjukkan
kesahan kandungan yang sangat baik dan instrumen adalah memuaskan (0.95). Kajian
rintis pula dilakukan kepada 30 orang guru pelatih serta dianalisis menggunakan kaedah
prosedur Statistical Packages for the Social Sciences version 27.0 (SPSS versi 27.0).
Didapati tahap kebolehpercayaan instrumen berada pada tahap amat baik dan item
kajian diterima (0.927). Melalui analisis data bagi kajian sebenar yang melibatkan
seramai 100 orang guru pelatih Sains UPSI, ketiga-tiga konstruk menunjukkan skor
min di tahap yang tinggi, iaitu pengetahuan (4.18) diikuti dengan kesediaan (4.50) dan
sikap (4.59). Bagi analisis inferensi, terdapat hubungan positif yang signifikan secara
sederhana bagi kedua-dua aspek iaitu sikap (r=0.556) dan pengetahuan (r=0.406)
dengan kesediaan guru pelatih ISMP Sains UPSI dalam latihan mengajar.
Kesimpulannya, tahap kesediaan guru pelatih sangat penting dalam membentuk
profesionalisme dan kualiti pengajaran mereka sekaligus melahirkan guru pelatih yang
berkesan dan bermotivasi. Kajian ini dapat membantu dalam memberi maklumat yang
berguna bagi merangka program latihan mengajar yang lebih berkesan dan selaras
dengan keperluan guru pelatih Sains. |
References |
Abdul Hakim Abdullah, Mustafa Che Omar, Rahimah Embong & Ilni Suhada ismail. (2014). Pengembangan Sikap Positif dan Kemahiran Profesional Serta Permasalahan Semasa Praktikum dalam Kalangan Guru Pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam Universiti Sultan Zainal Abidin. Abdul Rasid Jamian, Nurul Nadiah Razali & Shamsudin Othman. (2015). Keupayaan Guru Pelatih Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Semasa Latihan Mengajar Dalam Pembentukan Guru Novis. Jurnal Pendidikan Malaysia, 40(1), 75-81. Ahmad Shahril Mohd Napiah & Mashitoh Hashim. (2021). Tahap Kesediaan Guru Pelatih terhadap Pelaksanaan Pemikiran Komputasional. Journal of ICT in Education, 8(4), 81-103. Alias Baba. (1997). Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan Sains Sosial. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Andi Mustika Abidin. (2022). Penerapan Teori Belajar Behaviorisme dalam Pembelajaran (Studi Pada Anak). 15(1), 1-8. Andrew Thomas Ujil & Andin C. (2022). Pengalaman Pra Perkembangan Pemimpin Sekolah Berprestasi Tinggi: Kajian Kes Di Sekolah Kluster Kecemerlangan Negeri Sarawak. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 9(2), 14-30. Baharin Abu & Hasnita Ismail. (2017). Tahap Kesediaan Guru Pelatih Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup Mengajar Subjek Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah. Baharin Abu & Azura Abdul Aziz. (2010). Tahap Kesediaan Guru Pelatih Utm Berkhidmat Di Sabah Dan Sarawak. Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill Sdn. Bhd. Desinta Purba & Mardaus Purba. (2018). Aplikasi Analisis Korelasi dan Regresi menggunakan Pearson Product Moment dan Simple Linear Regression. Citra Sains Teknologi, 1(2), 97-103. Fara Izzati Marnizam & Siti Rahaimah Ali. (2021). Penilaian Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dalam Kalangan Guru Matematik Sekolah Rendah. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(2), 81-94. Fazlinda Abdul Halim, Wan Hanim Nadrah Muda, Nor Ezzah Fathenah Md Yatim, Sharifah Intan Amira Sayed Mustaffa Kamal, Widad Syamila Samsudin, Nur Hafizah Hamidi & Asdia Fathiya Simudah. (2022). Tinjauan Terhadap Pengetahuan Dan Kesan Perlaksanaan Set Induksi Dalam Kalangan Guru Pelatih Semasa Sesi Pengajaran. Fenny Farhana Mohd. Sajari, Hafizhah Zulkifli & Shahlan Surat. (2023). Kesahan dan Kebolehpercayaan Instruman Kesediaan GPI Melaksanakan Model Tasmik j-QAF Secara Dalam Talian. Journal of Quran Sunnah Education and Special, 7, 16-29. Hanifah Mahat, Lom C., Yazid Saleh, Mohmadisa Hashim, Nasir Nayan & Bikar S. (2022). Persediaan guru pelatih Geografi dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah semasa latihan mengajar. Malaysian Journal of Society and Space, 8(3), 170-184. Hasmiza Yaakob, Muhammad Nubli Abdul Wahab, Abdul Rashid Abdul Aziz & Mohd Ropizam Mohamad Zainun. (2023). Masalah Pembelajaran Murid Sekolah Rendah Luar Bandar Dalam Mata Pelajaran Sains. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 8(1), 22-35. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v8i1.9400 Johanson G.A. & Brooks G.P. (2010). Initial scale development: sample size for pilot studies. Educational And Psychological Measurement, 70(3), 394-400. Kama Shaffeei. (2019). Tahap Kesediaan Pengajaran Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas Universiti Pendidikan Sultan Idris Dalam Latihan Mengajar. 1-10. Kamarul Azmi Jasmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatif. Kanafadzi V. & Khairul Azhar Jamaludin. (2021). Tahap Kesediaan Dan Sikap Guru Terhadap Perubahan YangBerlaku Dalam Sistem Pendidikan: Kajian Sistematik Terhadap Artikel-Artikel Yang Terpilih. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 461-475. Khalid Johari, Zurida Ismail, Shuki Osman & Ahmad Tajuddin Othman. (2009). Pengaruh Jenis Latihan Guru dan Pengalaman Mengajar Terhadap Efikasi Guru Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(2), 3-14. Lim, C. H. (2007). Penyelidikan Pendidikan: Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif. Selangor: McGraw-Hill. Lokman Mohd. Tahir, Rohaya Talib, Hamimah Mohd Naim & Mohammed Borhandden Musah. (2017). Penilaian Psikometrik Instrumen Kesediaan Guru sebagai Pemimpin Guru. Sains Humanika, 9(2). Mastura Abdul Razak, Rozita Radhiah Said & Fathiyah Mohd Fakhruddin. (2021). Analisis Penulisan Objektif Menggunakan Konsep “Smart” dalam Rancangan Pelajaran Harian Bakal Guru BPBM bagi Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif. International Journal of Education and Training, 7(2), 1-12. Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Maizura Komari & Norazimah Zakaria. (2020). Kesediaan Guru Pendidikan Islam Dalam Pelaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21. International Journal Of Education And Pedagogy, 2(2), 9-17. Mohammad Yusof Arshad & Nurul Izzah Sharif. (2010). Persepsi Pelajar Aliran Sains Tahun Dua Fakulti Pendidikan Dari Segi Sikap, Minat Dan Persekitaran Pembelajaran Yang Positif Sebelum Menjalani Latihan Mengajar. Mohd Aizat Abu Hassana, Mohd Faizal Rabanib, Mohamad Ekhwan Mohamad Shukor & Mohd Mastifino Abdul Majid. (2018). Sikap Guru Terhadap Perubahan dalam Sekolah di Malaysia. Management Research Journal, 8(1), 188-196. Mohd Qhairil Anwar Azhar & Zamri Mohamod. (2018). Tahap Perbezaan Pengetahuan, Sikap Dan Amalan Menggunakan Enam Topi Pemikiran Berdasarkan Jantina Dan Pengkhususan Dalam Kalangan Guru Bahasa Melayu Sekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 13-24. Mohd Syaubari Othman & Ahmad Yunus Kassim. (2018). Kajian Rintis Bagi Pelaksanaan Komposisi Pengajaran Guru Pendidikan Islam Yang Mengintegrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Menerusi Pendidikan Akidah Sekolah Rendah Di Malaysia. Malaysian Online Journal of Education, 2(2), 55-60. Muhammad Ayisy Baharudin & Mohd Ashraf Ibrahim (2019). Kesediaan Pelaksanaan Pengajaran Abad Ke 21 Dalam Kalangan Guru Pelatih Sejarah IPG Zon Selatan. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 2(5), 32 - 42. Nor Suriya Abd Karim, Musa R. T., Nur Hamiza Adenan, Rawdah Adawiyah Tarmizi, Noor Wahida Md Junus & Anak Kelong, V. E. (2021). Tahap kesediaan Guru Pelatih Matematik UPSI dalam melaksanakan PAK21. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 14, 82-91. Nur Fatin Shamimi Che Ibrahim, Nur Farahkhanna Mohd Rusli, Mohd Ra’in Shaari & Nallaluthan K. (2021). Persepsi Pelajar terhadap Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Online Journal for TVET Practitioners, 6(1), 15-24. Nurhadi. (2020). Teori Kognitivisme Serta Aplikasinya Dalam Pembelajaran. Jurnal Edukasi dan Sains, 2(1), 77-95. Nur Hidayah Hisham, Norfaizah Abdul Jobar, Abdul Rasid Jamian & Marini Norzan. (2021). Persepsi Bakal Guru Terhadap Kerjaya, Peranan dan Beban Tugas Profesion Perguruan Masa Kini. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 11(2). Rabaah Abdullah, Wan Noorlizawati Wan Mat Ali & Adnan Jusoh. (2021). Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Subjek Tema “Penjajahan di Asia Tenggara pada Abad ke-19”. Perspektif: Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 13(1), 1-13. Ramlee Mustapha. (1999). The Role of Vocational and Technical Education in the Industrialization of Malaysia as Perceived by Educators and Employers. Thesis PhD. Purdue University. Ridzuan Hussin. (2013). Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual (PSV). Jurnal Seni dan Pendidikan Seni, 1, 59-66. Shamsuddin Muhammad & Noorashikim Noor Ibrahim. (2021). Kesediaan Guru STEM Melaksanakan Pendidikan STEM di Sekolah Pesisir Pantai. International Journal of Education, Islamic Studies and Social Sciences Research (IJEISR), 6(1), 1-15. Shamsul Rizal Khalil, Muhammad Faiz Yaakob, Masnurah Hassan Bashari, Nor Asiah Nasir & Suraya Bai. (2019). Penilaian Terhadap Sahsiah Guru Pelatih Semasa Menjalani Prktikum Di Sekolah. International Conference On Special Education In Southeast Asia Region, 560-565. Simah Mamat, Azni Yati Kamaruddin, Siti Nur Khairunisa Mohd Al-Fatah & Manggang M. C. F. (2021). Permasalahan, Cabaran dan Amalan Pengajaran Guru dalam Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Penulisan Karangan Pelajar Sekolah Menengah. International Journal of Education and Training (InjET), 1-10. Siti Sarah Muhammad Raflee & Lilia Halim. (2021). Keberkesanan Pemikiran Kritis dalam Meningkatkan Kemahiran dalam Penyelesaian Masalah KBAT. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(1), 60-76. Suhana Mohamed Lip, Sapie Sabilan, Mohamad Fuad Ishak, Suziana Hanini Sulaiman, Tengku Elmi Azlina Tengku Muda & Mohd Faeez Ilias. (2016). Kesan Latihan Mengajar terhadap Perubahan Sikap dari Perspektif Guru Pelatih Diploma Perguruan. International Conference on Islamic Education and Research. Zamri Mahamod & Noriah Mohd Ishak. (2005). Analisis Cohen Kappa Dalam Penyelidikan Bahasa: Satu Pengalaman.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |