UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris |
Mitos kepercayaan manusia primitif. Kepercayaan yang menyanjung alam tumbuhan dan binatang sebagai penyampai konotasi bahaya dan berita baik. Realitinya jasad alam merupakan kehidupan yang dekat dengan masyarakat Murut Paluan. Penceritaan mitos angkapio banyak mengaitkan binatang dan tumbuhan sebagai agen pengetahuan yang mampu difahami oleh manusia. Kejadian sesuatu peristiwa dipercayai mampu difahami dan diketahui melalui isyarat daripada alam. Pembukaan suatu kawasan, berburu, mencari rezeki di tengah hutan dan mengetahui kejadian bencana banyak ditafsirkan melalui isyarat alam. Kedekatan hidup dengan hutan menjadikan masyarakat Murut Paluan begitu peka dengan kejadian yang bakal menimpa mereka. Maklumat yang terkandung dalam mitos angkapio. Isyarat alam menjadikan mereka lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kejadian dan peristiwa. Terdapat pula tindak balas yang dilakukan untuk menghindari sebuah kejadian buruk supaya tidak menimpa mereka. Cerita mitos sebegini bukanlah dongeng bagi mereka tetapi menjadi kepercayaan sebagai pentunjuk firasat yang benar dalam kehidupan. Makalah ini merupakan kajian lapangan yang mengutip pandangan hidup masyarakat Murut Paluan mengenai mitos angkapio yang masih tersimpan sebagai panduan ketika di dalam hutan.
Kata Kunci: Mitos angkapio; kepercayaan; tumbuhan dan binatang; Murut Paluan; alam ghaib |
References |
Arena Wati. (1978). Peribumi Sabah: Satu Tinjauan dalam Konteks Kepercayaan, Kultus dan Hukum Adat di Sabah. Kota Kinabalu: Penerbit Yayasan Sabah. Azman Lungkung. (2019). Kosmologi Murut Paluan. Temubual 18 September. Bascom, R. William. (1965). The forms of folklore: Prose narrative. The Journal of American Folklore, 78 (307) Jan-Mac: 3-20. Brewis, Richard. (1985). Cerita Dongeng Sabah. Kota Kinabalu: Muzium Sabah. Brooks M. Margaret. (1961). Cherita-cherita Dongeng Dari Sabah. Sarawak: Borneo Literature Bureau. Edward Burnett Tylor. (1873). Primitive Culture Researches Into Development of Mythology, Philosophy, Religion, Art and Custom. London: John Murrey: 377. Ganiam Tungkuyan. (2018). Babalian dan peranan, Sabah. Temu bual. 20 Januari. Harrison, T. (1967). Ethnological notes on the Muruts of the Sepulut Rivers, Sabah. Journal Malay Branch of the Royal Asiatic Society,Vol. 40: 121-122. Hassan Shadily. (2012). “Animisme,” dalam Ensiklopedi Umum. Yogyakarta: Penerbit Kanisius, (20): 62. Hayat, Muhammad. (2003). Bertahannya Tradisi Tengger dalam Masyarakat Yang Sedang Berubah dalam Nuruddin dkk., Agama Tradisional: Potret Kearifan Hidup Masyarakat Samin dan Tengger. LkiS: Yogyakarta. Jacinta Tangil (2001). Puisi Tradisional Kadazandusun : Satu Gambaran Kepercayaan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Jamilah Hj. Ahmad. (1990). Cerita-cerita teladan, jenaka dan ninatang dalam Sastera Rakyat. Dewan Sastera. Jil. 20. Bil. 6:21-24. Karimon Lumaing. (2018,2019&2020). Angkapio Murut Paluan Sabah. Temu bual, 18 September. Lasimbang, Rita .(1999). Kadazan Folklore. Kota kinabalu: Natural History Publications (Borneo): 2-3. Leon Comber (1975). Favourite Stories from Borneo. Kuala Lumpur Heinemann Educational Books (Asia) LTD. Leong, Frederick Charles. (1968). How The World was Made. Dlm Marsh, Ignatia Olim. (ed.). Sabah: Legends and Customs. Keningau, Sabah: St. Francis Xavier’s Secondary School. Low Kok On. (2005). Membaca Mitos dan Legenda Kadazan Dusun. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia: 127&135 Malinowski Branislaw. (1971). Myth Primitive Psychology. New York : Negro Universities Press: 74&78. Marsh, Ignatia Olim. (ed.) (1988). Tales and Tradition from Sabah. Kota Kinabalu: The Sabah Society. Maskiah Hj. Masrom. Pembangunan Akhlak Satu Analisis berdasarkan Cerita Kanak-kanak dengan Tumpuan Khusus terhadap Cerita Adaptasi Kisah Haiwan daripada AL-Quran. Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Nor Long. (197)8. Cerita Rakyat Sabah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Talib Osman. (1989). Malay Folk Belife: An Integration of Disparate Elements. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Yuszaidy Mond Yusof & Muammar Ghadafi Hanafi. 2015. Impak media baharu terhadap sistem nilai masyarakat Melayu di Malaysia, Jurnal Komunikasi. Jil. 31(2):33-46. Nur Alisha Mengga (2023). Unsur tumbuhan sebagai perlambangan dalam peribahasa Iban. PENDETA. Jil 14 (1): 1-10 Muskin Ugau. (2019). Angkapio & Cerita mitos. Sabah. Temu bual, 20 Januari Nygren, Mariann. (1991). Tagal Murut Folk Tales. Kota Kinabalu: Sabah Museum and State Archives. Rutter Owen (1929). The Pagans of North Borneo. New York: Oxford University Press: 223-234. Shaiful Bahri Mohd. Radzi (201)2. Tradisi Lisan: Prosa. Dlm. Sahlan Mohd.Saman dan Shaiful Bahri Md Radzi (pnyt.) Persuratan Melayu Tradisional ke Moden, hlm. 17-18. Bangi: Universiti kebangsaan Malaysia. Sumadi Suryabrata. (1987). Psikologi pendidikan. Jakarta: Rajawali Press: 13-70. Tuan Siti Nurul Suhada Tuan Adnan & Mohd Firdaus Che Yaacob (2023). Akal budi orang Melayu menerusi cerita-cerita Rakyat. PENDETA. Jil. 14 (2): 56-70. T. R William. (1965). The Dusun: A North Borneo Society. London: Holt, Rinehart &Winston: 11,19&44. T. R William. (1969). A Borneo Childhood: Enculturation in Dusun Society. London: Holt, Rinehart and Winston.: 5,10&44. Tjilik Riwut. (1993). Kalimantan Membangun Alam dan Kebudayaan. Yokyakarta: PT Tiara Wacana Yogya. Whelan, F.G. (1970). A History of Sabah. Kuala Lumpur and Singapore: Macmillan. Zaini bin Mohd Isa. (1969). Kebudayaan dan Adat Resam Kadazandusun dan Murut. Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn. Bhd.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |