UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan serta mendapatkan kesahan dan kebolehgunaan Kit Dolphin Jump Number Line, sebuah bahan bantu mengajar (BBM) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) bagi topik Pendaraban Integer Tingkatan Satu. Reka bentuk kajian ini adalah berasaskan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan di mana hanya dua fasa pertama yang terlibat, iaitu Analisis serta Reka Bentuk dan Pembangunan. Model ADDIE telah digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan. Kesahan kit ini dinilai oleh lima orang pakar yang terdiri daripada empat orang pensyarah Matematik di sebuah universiti awam dan seorang guru Matematik di sebuah sekolah menengah. Manakala, seramai 35 orang guru pelatih Matematik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah dipilih melalui pensampelan rawak mudah bagi menentukan kebolehgunaan kit yang dibina ini dengan menggunakan soal selidik kebolehgunaan. Data hasil maklum balas pakar dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif yang dinilai menggunakan Indeks Kesahan Kandungan (IKK). Nilai skor min pula digunakan bagi menentukan kebolehgunaan kit. Hasil kajian mendapati bahawa kesahan bagi kandungan RPH, muka serta kandungan kit adalah memuaskan dengan nilai IKK 1.00. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kit yang dibina ini mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi dengan skor min 3.75. Kesimpulannya, RPH yang disediakan adalah bersesuaian dengan standard pembelajaran dan boleh dirujuk selain kit yang dibangunkan juga adalah bertepatan dengan konsep Pendaraban Integer serta sesuai untuk digunakan semasa sesi PdPc. Implikasinya, kit ini dapat digunakan oleh para guru sebagai BBM. Kajian ini dapat memberikan panduan dan idea baru kepada mereka khususnya guru Matematik Tingkatan Satu untuk melaksanakan pengajaran melalui aplikasi BBM.
Kata Kunci kesahan, kebolehgunaan, bahan bantu mengajar, pendaraban integer |
References |
Abdullah, Z., & M. Kasim, J, (2010). The Digital Library Usability Testing. Asia-Pacific Journal of Information Technology and Multimedia, 9(1). Abdullah, N. A. (2021). The effectivenes of KOBUNA in primary pupils’ rounding skill. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia,11(1), 30-38. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol11.1.3.2021 Ahmad, Z. (2017). Pembangunan modul pedagogi kelas berbalik berasaskan pembelajaran reflektif untuk politeknik premier. (Disertasi kedoktoran). Diperoleh daripada http://studentsrepo.um.edu.my/7786/6 /PHB110006.pdf. Aldoobie, N. (2015). ADDIE Model. American International Journal of Contemporary Research, 5(6), 68-72. Asiahwati Awi. (2015). Tahap numerasi dan strategi penyelesaian masalah dalam bidang nombor bagi pelajar lepasan menengah. http://eprints.usm.my/30073/1/ASIAHWATI_AWI.pdf. Cheung, L. (2016). Using the ADDIE Model of instructional design to teach chest radiograph interpretation. Journal of Biomedical Education, 1-6. https://doi.org/10.1155/2016/9502572. Guildford, J. P. & Fruchter, B. (1973). Fundamental statistics in physiology and education (5 ed). New York: McGraw-Hill. Idris, N. (2013). Penyelidikan dalam pendidikan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur, Malaysia: McGraw Hill Education. Ja’apar, F. (2017). Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) daerah Pontian. (Tesis Master). Diperoleh daripada http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint /9573/1/FAIZAH_JA%E2%80%99APAR.pdf. Jajuli, N.A. (2018). Pembinaan dan keberkesanan pembaris garis nombor terhadap pencapaian operasi asas matematik dalam kalangan murid prasekolah. (Tesis master). Diperoleh daripada https://ir.upsi.edu.my/doc.php?t=d&id=951ca83d890cbaf17af97b96e4c9a8a96100bd544e5af. Kanagah Rajah, L., & Bahurudin Setambah, M. A. (2022). Effect of Using Flow Map Towards Mathematical Achievement and Thinking Skills Among Year Three Students. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia,12(1), 101-115. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol12.1.9.2022 Khalid, M. & Embong, Z. (2020). Sources and possible causes of errors and misconceptions in operations of integers. International Electronic Journal of Mathematics Education, 15(2), 1-13. Larbi, E. & Mavis, O. (2016). The use of manipulatives in mathematics education. Journal of Education and Practice, 7(36), 53-61. Lebar, O. (2014). Penyelidikan Kualitatif, Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Mat Zaid, N.Z. & Abd Wahid, N. (2017). Cabaran dalam pengajaran matematik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Kertas dibentangkan di Proceeding of International Conference of Empowering Islamic Civilization, Terengganu, Malaysia. Abstrak diperoleh daripada http: //www.inspire.unisza.edu.my. Mohmad, A. F., Mohamad Sidek, M. S., Rosli, R., Maat, S. M., & Mahmud, M. S. (2023). Tinjauan Strategi menangani Diskalkulia melalui Sorotan Literatur Sistematik. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia,13(2), 11–24. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol13.2.2.2023 Riduwan. (2012). Skala pengukuran variable-variable: Penelitian. Bandung: Alfabeta. Rusiman, M.S., Mohamad, M., Him, N.C., Kamardan M.G., Othaman, S, Shamshuddin, M.H. & Aziz, N. (2017). The use of concrete material in teaching and learning mathematics. Journal of Engineering and Applied Sciences, 12(8), 2170-2174. Polit, E. D. & Beck, C. T. (2006). The content validity index: Are you sure you know what’s being reported? Critique and recommendations. Research in Nursing and Health, 29 (5), 489–497. https://doi.org/10.1002/nur.20147. Siti Rahaimah, A. (2017). Analysis of numerical understanding analysis for primary school. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 7(10), 713-728. Varatharajoo, A., & Bahurudin Setambah, M. A. (2023). Effects of ‘Strong and Weak’ method on Mathematical Achievement and interest of year 2 students: Kesan Kaedah ‘Strong and Weak’ terhadap pencapaian matematik dan minat murid tahun 2. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia,13(1), 99–111. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol13.1.8.2023 |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |