UPSI Digital Repository (UDRep)

Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan MSLQ versi Bahasa Melayu dalam mengukur tahap motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri

AVAILABLE Thesis 736 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan MSLQ versi Bahasa Melayu dalam mengukur tahap motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri
Type
Thesis
Main Author
Fakhruddin Khosim
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2012
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen ’Motivated Strategies for Learning Questionnaire’ (MSLQ) versi Bahasa Melayu dalam mengukur tahap motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri daJam kalangan pelajar pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat perkaitan di antara motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri dengan pencapaian akademik. Instrumen soal selidik MSLQ asal dalam Bahasa Inggeris yang dibina oleh Pintrich & De Groot (1990) telah diteijemahkan kepada bahasa Melayu dengan kaedah terjemahan semula untuk kegunaan pelajar-pelajar Malaysia. Sejumlah 711 orang responden yang terdiri dari pelajar-pelajar Tingkatan Empat di 10 buah sekolah teknik di negeri Perak terlibat untuk kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan perisian 'Statistical Packages for the Social Science’ (SPSS) versi 15. Analisis deskriptif, kolerasi, analisis faktor dan analisis regressi linear berganda telah dilakukan ke atas data yang dikumpul. Keputusan menunjukkan secara keseluruhan instrumen MSLQ versi Bahasa Melayu mempunyai kebolehercayaan yang tinggi seperti yang ditunjukkan oleh Cronbach Alpha dan Analisis Faktor. Nilai ketekalan dalaman Cronbach Alpha yang diperolehi ialah 0.86 bagi motivasi dan 0.84 bagi pembelajaran regulasi kendiri. Kesahan konstruk bagi instrumen ini juga tinggi dengan tiga faktor atau konstruk dan dua faktor diekstrak secara nyata daripada pembolehubah motivasi dan dua konstruk daripada pembelajaran regulasi kendiri (muatan faktor > 0.3), sama seperti instrumen asal dalam versi Bahasa Inggeris. Dapatan juga menunjukkan terdapat perkaitan signifikan antara pembelajaran regulasi kendiri dengan pencapaian akademik. Namun begitu sumbangan motivasi kepada pencapaian akademik didapati tidak signifikan pada aras keyakinan 95 peratus (a = 0.05). Keputusan ini menunjukkan bahawa MSLQ versi BM adalah instrumen yang baik bagi mengukur tahap motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri pelajar di Malaysia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.