UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Redzuan A. Aziz
Title :Kepimpinan pengajaran dan peranan Ketua Panitia : Hubungan dengan budaya kerja guru terhadap pencapaian akademik mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah menengah daerah Seremban
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of Publication :2012
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Fokus utama kajian adalah untuk melihat peranan dan pelaksanaan kepimpinan pengajaran Ketua Panitia mata pelajaran Pendidikan Seni Visual melalui deligasi dan empowerman tugasan dari pengetua. Kajian juga turut melihat budaya keija guru-guru Pendidikan Seni Visual terhadap pencapaian akademik pelajar melalui periksaan SPM. Kajian juga turut melihat perbezaan persepsi guru terhadap peranan dan pelaksanaan kepimpinan pengajaran berdasrkan faktor demografi umur dan jantina. Kerangka kajian diasaskan kepada Model Kepimpinan Pengajaran oleh Snyder(1983) dan budaya sekolah oleh Yaakob (2007). Data diperoleh menerusi soal selidik. Seramai 83orang responden dari 25 buah sekolah menengah harian di Daerah Seremban, Negeri Sembilan. Data soal selidik dianalisis menggunakan statistic deskriptif dan inferensi menerusi program SPSS-Versi 16. Analisis deskriptif, Ujian-t dan analisis Pekali Kolerasi Pearson dan Ujian ANOVA sehala telah digunakan dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa; (1) Responden bersetuju dengan peranan/tugasan ketua panitia Pendidikan Seni Visual (2) Guru-guru Pendidikan Seni Visual mempunyai tahap dimensi budaya kerja sekolah terhadap ke arah pencapaian akademik pelajar; (3) Tidak terdapat perbezaan di antara faktor demograti dengan peranan/tugasan Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual mengikut jantina dan umur; (4) Tidak terdapat perbezaan di antara faktor demografi (jantina) dengan budaya keija guru, mengikut dimensi budaya sekolah, dimensi kepimpinan dan dimensi komitmen guru lelaki dengan guru perempuan; (5) Hubungan peranan/tugas Ketua Panitia dengan budaya keija guru Pendidikan Seni Visual mengikut dimensi budaya sekolah dan kepimpinan, mempunyai hubungan signilikan yang sederhana kuat, Manakala hubungan dimensi komitmen dan fasa pencapaian/penilaian boleh diabaikan; (6) Hubungan di antara kepimpinan pengajaran kurikulum Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual dengan budaya keija guru Pendidikan Seni Visual mempunyai hubungan yang kuat perkaitannya manakala dimensi komitmen sederhana kuat.(7) Hubungan antara kepimpinan pengajaran Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual dengan pencapaian akademik tidak mempunyai hubungan antara satu dengan yang lain. Berdasarkan hasil dapatan dari kajian beberapa cadangan yang releven telah diajukan kepada pihak pengurusan iaitu pengetua, ketua panitia, guru-guru dan pelajar ke arah meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.