UPSI Digital Repository (UDRep)

Corak penglibatan ibu bapa dalam konteks tiga jenis pendidikan prasekolah: prasekolah Sekolah Kebangsaan, Tabika KEMAS dan prasekolah swasta

AVAILABLE Thesis 715 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Corak penglibatan ibu bapa dalam konteks tiga jenis pendidikan prasekolah: prasekolah Sekolah Kebangsaan, Tabika KEMAS dan prasekolah swasta
Type
Thesis
Main Author
Hassan Azahari Yunus
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2007
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat dan membandingkan corak penglibatan ibubapa dalam pendidikan di prasekolah anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa ini dikaji di tiga jenis prasekolah, iaitu sebuah prasekolah Sekolah Kebangsaan, sebuah Tabika Kemas dan sebuah prasekolah swasta. Kajian terhadap amalan ibu bapa dan guru-guru dalam kepelbagaian dimensi penglibatan ibu bapa ini disesuaikan daripada tipologi Epstein sementara analisis terhadap bentuk hubungan, penglibatan dan tahap perkongsian peranan ibu bapa dan guru yang wujud di ketiga-tiga prasekolah tersebut dirumuskan pula mengikut model Wolfendale. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan penglibatan ibu bapa akibat daripada perbezaan latar kelas sosio ekonomi ibu bapa, latar ikhtisas guru tadika , dan corak organisasi prasekolah. Keputusan kajian juga mendapati hanya bentuk hubungan yang minima, penglibatan yang sederhana dan tiada berlakunya perkongsian antara ibu bapa dengan guru dalam pendidikan prasekolah Sekolah Kebangsaan dan prasekolah swasta. Manakala di Tabika KEMAS pula berlakunya bentuk hubungan yang sederhana, penglibatan yang agak banyak dan terdapatnya perkongsian antara ibu bapa dengan guru. Perbezaan struktur organisasi dalam konteks tiga jenis prasekolah yang dikaji menunjukkan prasekolah Sekolah Kebangsaan terikat dengan karenah birokrasi dan penuh dengan pelbagai prosedur telah mewujudkan hubungan yang formal antara ibu bapa dengan guru. Di Tabika KEMAS, hubungan yang wujud antara ibu bapa dengan guru lebih didapati lebih mesra kerana penubuhan Tabika KEMAS ialah berdasarkan permintaan ahli masyarakat. Sikap saling memerlukan antara ibu bapa dan guru demi kebajikan pendidikan kanak-kanak telah mencetuskan suasana yang lebih terbuka dan penglibatan ibu bapa yang lebih aktif. Sementara hubungan dan penglibatan ibu bapa di prasekolah swasta lebih berbentuk kepada hubungan antara pembekal dengan pelanggan, di mana ibu bapa menganggap prasekolah sebagai pembekal pendidikan yang boleh dibeli perkhidmatannya. Manakala pihak prasekolah pula menganggap ibu bapa dan anak-anak hanya sebagai pelanggan kepada perkhidmatan yang disediakan.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.