Pembuatan keputusan multi-kriteria untuk kenaikan pangkat kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA): pendekatan teknik Proses Hierarki Analisis (PHA)
Pembuatan keputusan multi-kriteria untuk kenaikan pangkat kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA): pendekatan teknik Proses Hierarki Analisis (PHA)
Type
Thesis
Main Author
Wan Salmuni Wan Mustaffa
Subject
LB2300 Higher Education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains dan Matematik
Year of publication
2005
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kenaikan pangkat bagi kakitangan akademik di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) merupakan satu isu yang sering menimbulkan kontroversi. Maka, perIunya satu teknik yang dapat membantu pembuat keputusan mempertimbangkan kriteria-kriteria yang merangkumi keseluruhan tugasan, aktiviti dan sumbangan calon supaya pemilihan yang dibuat adalah adil dan berkualiti. Kajian ini membincangkan pembuatan keputusan untuk kenaikan pangkat bagi kakitangan akademik di Institusi Pendidikan Tinggi Awam. Kriteria-kriteria telah dibina berdasarkan 4 komponen iaitu Penyelidikan dan Penerbitan, Pengajaran, Perkhidmatan dan Keperibadian yang mengambil kira pandangan global dan penilaian semasa. Teknik Proses Hierarki Analisis (PHA) telah digunakan bagi menentukan keutamaan kepentingan terhadap komponen serta kriteria-kriteria untuk kenaikan pangkat kakitangan akademik. Data dianalisis dengan menggunakan 3 prinsip dalam teknik PHA iaitu penghuraian, pertimbangan perbandingan relatif dan sintesis prioriti. Hasil analisis mendapati komponen terpenting semasa pertimbangan untuk kenaikan pangkat dilakukan oleh pembuat keputusan adalah Penyelidikan dan Penerbitan dengan nilai pemberat tertinggi (0.3919). Nisbah kekonsistenan adalah diantara (0.000)Â hingga(0.0144).
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.