UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian bematlamat untuk melihat orientasi tingkah laku kepimpinan pengetua dan hubungannya dengan
kepuasan kerja guru di beberapa buah sekolah menengah di daerah Kota Bharu. Dimensi tingkah laku
kepimpinan yang dikaji ialah tingkah laku kepimpinan pendayatamaan struktur dan tingkah laku
kepimpinan timbang rasa. Manakala tahap kepuasan kerja guru berdasarkan aspek faktor pendorong dan
faktor higien. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan tingkah laku kepimpinan pengetua dan
kepuasan kerja guru. Kajian turut melihat perbezaan tingkah laku kepimpinan pengetua berdasarkan
ciri-ciri demografi seperti klasifikasi sekolah dan jantina pengetua. Seramai 315 guru dari 27 buah
sekolah menengah yang terletak di daerah Kota Bharu dipilih sebagai responden.. Instrumen kajian
terdiri daripada soal selidik •The Leader Behaviour Description Questionaire' (LBDQJ untuk mengukur
dimensi tingkah laku kepimpinan pendayautamaan struktur dan tingkah laku kepimpinan timbang
rasa. Manakala •The Minnesota Satisfaction Questionaire' (MSQJ untuk tahap kepuasan kerja guru.
Data-data diperolehi dianalisis dengan bantuan perisian komputer melalui program 'Statistical
Package For the Social Science' (SPSS) versi 11.5. di mana min dan peratusan dicari untuk melihat
demografi, ujian-t dan Korelasi 'Pearson' aras signifikan 0.05 telah digunakan untuk menentukan
sama ada sesuatu hipotesis nol itu ditolak atau diterima. Dapatan kajian menunjukkan tidak
terdapat perbezaan di antara tingkah laku kepimpinan pendayautamaan struktur dan timbang rasa
dengan demografi iaitu klasifikasi sekolah dan jantina pengetua. Selain dari itu dapatan kajian
tersebut juga menunjukkan terdapat perbezaan antara tingkahlaku kepimpinan pendayautamaan struktur
dan timbang rasa dengan kepuasan kerja guru dari aspek faktor pendorong dan higien. Terdapat
hubungan yang kuat antara tingkah laku kepimpinan dengan kepuasan kerja.
|
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |