UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB2361 Curriculum
Main Author :Kamil Nasuruddin Darus
Title :Tekanan kerja, kebimbangan dan efikasi kendiri dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa di sekolah menengah negeri Perak
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2010
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan mengukur tahap tekanan kerja, kebimbangan dan efikasi kendiri dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) sepenuh masa di sekolah menengah negeri Perak. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengukur perbezaan tahap tekanan kerja, tahap kebimbangan dan tahap efikasi kendiri berdasarkan faktor jantina dan pengalaman kerja GBK. Seterusnya, kajian ini juga dijalankan untuk mengukur hubungan antara tekanan kerja, kebimbangan dan efikasi kendiri. Kajian ini dijalankan secara tinjauan ke atas 249 GBK sekolah menengah sepenuh masa di negeri Perak. Pengumpulan data secara persampelan rawak mudah mengunakan Soal Selidik Tekanan Kerja (Job Stress Indicator) oleh Spielberger dan Vagg (1983), Inventori Kebimbangan Keadaan dan Tret (State Trait Anxiety Inventory) oleh Speilberger et al. (1970) dan Soal Selidik Efikasi Kendiri Kaunselor (Counseling Self-Efficacy Scale) oleh Johnson et al. (1989). Penganalisaan data telah dijalankan secara deskriptif dan inferensi mengunakan peratusan, Ujian t dan Kolerasi Pearson pada nilai aras kesignifikanan .05. Dapatan kajian menunjukkan tahap tekanan kerja GBK adalah sederhana manakala tahap kebimbangan dan efikasi kendiri GBK adalah tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara tekanan kerja dan efikasi kendiri GBK berdasarkan jantina manakala tahap kebimbangan berdasarkan jantina tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan juga menunjukan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tekanan kerja, kebimbangan dan efikasi kendiri berdasarkan tempoh pengalaman kerja. Selain itu, dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara tekanan kerja dengan kebimbangan dan terdapat juga hubungan yang signifikan di antara tekanan kerja dengan efikasi kendiri. Sementara itu, tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kebimbangan dengan efikasi kendiri.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.