Kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah terhadap pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi
Type
Thesis
Main Author
Mohanasundari Jeganathan
Subject
LB1501 Primary Education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah dalam mengintegrasikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) dalam pengajaran dan pembelajaran tunjang Sains dan Teknologi. Kajian tinjauan ini melibatkan pengumpulan data secara kuantitatif dan secara kualitatif. Seramai 250 guru prasekolah dari sepuluh daerah di negeri Perak terlibat sebagai sampel bagi borang menjawab soal selidik. Manakala, seramai 10 orang guru prasekolah dari negeri Perak terlibat sebagai sampel bagi temu bual. Analisis deskriptif menjelaskan tahap kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah terhadap penginterasian pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah adalah berada di tahap tinggi terhadap pengintegrasian pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi. Dapatan kajian daripada temu bual menjelaskan faktor-faktor yang mengakibatkan kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah terhadap pengintegrasian pendidikan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran tunjang Sains dan Teknologi. Kesimpulannya, guru prasekolah bersedia, berefikasi dan bersikap positif untuk melaksanakan pengintegrasian pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi. Implikasi kajian menunjukkan guru prasekolah memerlukan program-program peningkatan profesionalisme berkaitan pengintegrasian pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi terutamanya tentang kaedah mengintegrasikan pendidikan STEM secara efektif di prasekolah.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.