UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB1501 Primary Education
Main Author :Mohanasundari Jeganathan
Title :Kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah terhadap pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2017
Notes :with CD
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah dalam mengintegrasikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) dalam pengajaran dan pembelajaran tunjang Sains dan Teknologi. Kajian tinjauan ini melibatkan pengumpulan data secara kuantitatif dan secara kualitatif. Seramai 250 guru prasekolah dari sepuluh daerah di negeri Perak terlibat sebagai sampel bagi borang menjawab soal selidik.  Manakala, seramai 10 orang guru prasekolah dari negeri Perak terlibat sebagai sampel bagi temu bual.  Analisis deskriptif menjelaskan tahap kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah terhadap penginterasian pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah adalah berada di tahap tinggi terhadap pengintegrasian pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi. Dapatan kajian daripada temu bual menjelaskan faktor-faktor yang mengakibatkan kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah terhadap pengintegrasian pendidikan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran tunjang Sains dan Teknologi. Kesimpulannya, guru prasekolah bersedia, berefikasi dan bersikap positif untuk melaksanakan pengintegrasian pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi. Implikasi kajian menunjukkan guru prasekolah memerlukan program-program peningkatan profesionalisme berkaitan pengintegrasian pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi terutamanya tentang kaedah mengintegrasikan pendidikan STEM secara efektif di prasekolah.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.