UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Badrul Hisham Mokhtar
Title :Penggunaan teknologi komputer sebagai multimedia dalam pengajaran di kalangan guru Sains Tingkatan Dua: satu kajian kes
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2006
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dilakukan untuk melihat fenomena penggunaan teknologi komputer dalam pengajaran di kalangan guru-guru Sains Tingkatan Dua. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenal pasti kesediaan pengetahuan dan kemahiran guru-guru Sains dalam menggunakan komputer sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran serta cuba mengenalpasti pola dan trend penggunaan komputer sebagai sumber pengajaran Sains oIeh guru-guru Sains Tingkatan dua. Penyelidik menggunakan pendekatan kualitatif sebagai asas dan beberapa instrumen seperti temu bual, pemerhatian, catatan guru ( teacher narrative ), serta senarai semak ( pemerhatian ) diadaptasi bagi memperoleh triangulasi data untuk mengukuhkan sesuatu dapatan. Dapatan kajian menunjukkan sampel-sampel mempunyai kesediaan dari aspek pengetahuan dan kemahiran komputer atau teknologi maklumat. Umumnya setiap sampel menguasai pengetahuan dan kemahiran bagi empat perisian komputeryang sering digunakan dalam bidang pendidikan seperti MS Word, MS PowerPoint, MS Excel serta perisian lain seperti Adobe Photoshop, Adob Ilustrator, Movie Maker, Hot Potato, SSS, dan perisian Macromedia Flash. Ditinjau dari aspek amalan penggunaan komputer sebagai sumber pengajaran, dapatan kajian menunjukkan guru-guru Sains Tingkatan Dua kerap menggunakan komputer khususnya bagi masa pengajaran yang melibatkan dua waktu(doubleperiod). Namun begitu,mereka juga menghadapi kekangan dan masalah yang menjadi isu dan perlu ditangani segera. Antaranya, ketiadaan makmal Sains yang boleh menempatkan komputer bagi keperluan untuk satu kelas dalam sesuatu masa bagi kemudahan interaksi antara pelajar dengan bahan interaktif. Bilangan bilik darjah yang banyak bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 yang akan menggunakan makmal dalam sesuatu masa dibandingkan dengan bilangan makmal yang ada adalah tidak mencukupi. Faktor ini menyebabkan guru-guru memilih bilik darjah sebagai altematif. Ketiadaan LCD yang kekal dipasang di kelas-kelas, mengurangkan motivasi guru untuk menggunakan komputer sebagai sumber pengajaran mereka kerana mereka terpaksa mengusung LCD ( portable ), komputer riba serta Buku Rancangan Mengajar ke kelas dalam satu masa. Selain dari itu dapatan kajian juga membuktikan bahawa sampel-sampel bimbang terhadap faktor keselematan peralatanleTdanjuga penggunaan bahasa Inggeris yang sedikit sebanyak mempengaruhi minat pelajar terutama bagi kelas-kelas yang lemah. Walau bagaimanapun semua sampel bersetuju dan berfikiran positif terhadap pelaksanaan dasar ini.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.