UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Noor Azrin Abdul Razak
Title :Pendekatan model bayesian berhierarki untuk perbandingan prestasi pelajar Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia
Hits :8
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2004
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian yang dijalankan ini adalah mengenai analisis terhadap prestasi pelajar di Fakulti Sains dan  Teknologi (FST) yang diukur melalui keputusan purata ni­lai gred kumulatif (PNGK). Kajian ini  meliputi keseluruhan 1088 pelajar yang mengikuti pelbagai program yang ditawarkan oleh lima buah  pusat pengajian di FST. Kajian ini tertumpu kepada perbandingan keputusan PNGK pelajar bagi setiap  program dan pusat pengajian di fakulti ini serta memeringkatkan prestasi pelajar mengikut program  dan pusat pengajian. Dua pendekatan model bayesian berhierarki digunakan iaitu model bayesian  berhierarki dengan andaian satu program tidak bersandar dengan program yang lain, begitu juga  dengan pusat pengajian.  Seterusnya diandaikan persandaran wujud di kalangan pro­gram dan pusat  pengajian.  Menerusi pendekatan model bayesian berhierarki yang pertama, basil kajian mendapati  program Sains Aktuari adalah lebih cemer­lang berbanding program-program lain yang terdapat di  FST. Manakala, Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan (PPSK) pula merupakan pusat  pengajian yang mempunyai min posterior keputusan PNGK pelajar yang ter­tinggi berbanding empat  pusat pengajian lain yang terdapat di FST. Seterus­nya, menerusi pendekatan model bayesian  berhierarki yang kedua pula, keputusan yang didapati menunjukkan terdapat perbezaan yang beerti  bagi nilai anggaran min posterior dan varians, dimana nilai bagi anggaran min posterior dan vari­  ans adalah lebih kecil berbanding pendekatan model bayesian berhierarki yang pertama.  Manakala,  selang kebarangkalian bayesian juga menunjukkan bahawa pendekatan model bayesian berhierarki yang  kedua memberikan selang yang lebih kecil dan stabil berbanding pendekatan model bayesian  berhierarki yang pertama.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.