UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :NB Sculpture
Main Author :Hisham Azman Ibrahim
Title :Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam proses penghasilan arca : satu kajian kes
Hits :23
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of Publication :2006
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini merupakan kajian kes berbentuk kualitatif yang bertujuan untuk meninjau dan mengenal  pasti bagaimana penggunaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam penghasilan  area pelajar tingkatan empat. Kajian yang telah dilaksanakan di Sekolah Menegah Kebangsaan (LKTP)  Kampung Sertik, Karak Pahang ini cuba melihat bagaimana proses yang dilalui oleh pelajar semasa  melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penekanan diberikan untuk melihat bagaimana  kemahiran­ kemahiran  yang terdapat  di dalam  KBKK  dilaksanakan  semasa  proses tersebut  berlangsung. Antara aspek yang ingin dilihat melalui kajian ini ialah bagaimana pelajar  mengaplikasikan KBKK semasa aktiviti penghasilan arca. Bagaimana kemahiran yang terdapat di dalam  KBKK dapat mengembangkan kreativiti pelajar semasa menghasilkan arca dan bagaimana kemahiran yang  terdapat dalam KBKK memberi kesan terhadap arca pelajar. Pengumpulan data kajian kualitatif ini melibatkan pemerhatian, temubual, rakaman visual dan  analisis hasil karya pelajar. Pemerhatian telah dilaksanakan terhadap pengajaran yang dilakukan  oleh seorang guru mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan seramai  20 orang pelajar yang terlibat  dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut. Pengajaran yang melibatkan bidang penghasilan  seni visual (seni halus) area ini berlangsung selama 13 waktu pengajaran yang mengambil masa selama  40 minit setiap pengajaran. Di akhir pengajaran pelajar secara kumpulan telah menghasilkan sebuah  arca. Hasil daripada dapatan kajian yang telah dianalisis, didapati kemahiran-kemahiran yang  terdapat di dalam KBKK sangat sesuai dilaksanakan dalam pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni  Visual terutama apabila melibatkan penghasilan karya yang memerlukan pelajar berfikir.  
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.