UPSI Digital Repository (UDRep)

Kesan modul strategi daya tindak kerohanian terhadap tekanan, kebimbangan dan daya tindak kerohanian dalam kalangan Guru pelatih

AVAILABLE Thesis 573 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Kesan modul strategi daya tindak kerohanian terhadap tekanan, kebimbangan dan daya tindak kerohanian dalam kalangan Guru pelatih
Type
Thesis
Main Author
Mohd Hafidz Osman
Subject
LB2361 Curriculum
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2017
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini melibatkan dua peringkat kajian iaitu kajian awal (preliminary study) dan kajian kuasi eksperimen. Kajian awal bertujuan untuk melihat fenomena dan perbezaan tahap tekanan, kebimbangan dan daya tindak kerohanian dalam kalangan guru pelatih. Kajian kuasi eksperimen pula bertujuan untuk mengukur kesan Modul Strategi Daya Tindak Kerohanian (MSDTK) terhadap tekanan, kebimbangan dan daya tindak kerohanian. Pensampelan rawak telah digunakan untuk memilih 555 orang sampel untuk kajian awal. Sampel kajian kuasi eksperimen pula dipilih secara pensampelan rawak bertujuan seramai 120 orang guru pelatih (60 kawalan; 60 rawatan). Data dikumpul menggunakan soal selidik tekanan, kebimbangan dan daya tindak kerohanian (TKDTK). Data kajian tinjauan dianalisis secara deskriptif iaitu perbandingan min dan ujian-t, manakala data kajian kuasi eksperimen pula dianalisis secara inferensi menggunakan ANCOVA dan MANCOVA. Dapatan kajian awal menunjukkan tahap tekanan, kebimbangan dan daya tindak kerohanian adalah di tahap sederhana. Guru pelatih perempuan menunjukkan tahap tekanan dan kebimbangan yang tinggi dan daya tindak kerohanian yang rendah berbanding guru pelatih lelaki. Dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan kesan rawatan MSDTK berdasarkan jantina dantahunpengajian. Dapatankajian eksperimenjugamenunjukkanMSDTK memberi kesan terhadap sub-konstruk tekanan iaitu personaliti, persekitaran dan emosi serta memberi kesan signifikan terhadap kebimbangan dalaman. Kesimpulan serta kajian ini menunjukkan MSDTK dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan meningkatkan daya tindak kerohanian kelompok rawatan berbanding kelompok kawalan. Implikasi kajian mencadangkan penggunaan MSDTK sebagai keperluan amalan untuk menangani tekanan, kebimbangan dan daya tindak kerohanian dalam kalangan guru pelatih.  

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.