UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan kajian ini ialah untuk membina dan menguji kesan penggunaan Simulasi Menerusi Weblog (SMW) untuk mempelajari topik Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma terhadap pencapaian dan minat pelajar. Kajian melibatkan 60 orang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah berasrama penuh di Perak yang telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan rawatan mempelajari topik Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma dengan menggunakan SMW manakala kumpulan kawalan belajar secara lazim. Instrumen kajian yang digunakan ialah ujian pra, ujian pasca dan soal selidik minat. Pengujian hipotesis melibatkan penggunaan ujian ANCOVA dan ujian korelasi Pearson. Keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p = .117) bagi pencapaian dalam ujian pasca antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Tiada juga perbezaan yang signifikan (p = .859) bagi pencapaian dalam ujian pasca antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam kumpulan rawatan. Bagaimanapun, didapati terdapat perbezaan yang signifikan (p = .009) antara minat terhadap subjek Biologi dengan pencapaian dalam ujian pasca. Ujian korelasi Pearson menunjukkan hubungan yang signifikan negatif (r = –.504) antara minat terhadap subjek Biologi dan pencapaian dalam ujian pasca. Selain itu, didapati peratus persetujuan pelajar yang minat terhadap topik Pergerakan Bahan Merentasi Membran Plasma sangat tinggi selepas menggunakan SMW (78.1%). Peratus pelajar yang berminat dengan penggunaan SMW dalam pembelajaran juga sangat tinggi (89.93%). |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |