UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :HB Economic Theory
Main Author :Mustapa Kamal Maulut
Title :Faktor-faktor keusahawanan yang menyumbang kepada kejayaan koperasi kredit yang cemerlang di Malaysia
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sifat-sifat keusahawanan cemerlang yang dimiliki oleh Anggota Lembaga Koperasi Kredit yang cemerlang untuk dijadikan contoh Anggota Lembaga Koperasi yang lain. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif. Kaedah tinjauan telah digunakan untuk mengumpul data utama dari tiga puluh lima buah koperasi kredit yang cemerlang. Seramai 190 orang Anggota Lembaga Koperasi Kredit telah terpilih sebagai responden. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi iaitu Ujian-t, ANOVA sehala, Korelasi Pearson dan Regresi Berganda. Pemboleh ubah yang diuji ialah fenomena kejayaan koperasi kredit selaku pemboleh ubah bersandar dengan sembilan dimensi sebagai pemboleh ubah bebas iaitu penetapan matlamat sukar, penetapan matlamat jelas, personaliti berorientasikan tindakan, personaliti berorientasikan keadaan, pengetahuan perancangan, pengetahuan kepimpinan, pengetahuan pengurusan, motivasi dan pembiayaan secara Islam. Dapatan kajian analisis Korelasi Pearson mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan bagi tujuh pemboleh ubah bebas dengan fenomena kejayaan koperasi kredit. Pemboleh ubah yang paling dominan mempengaruhi fenomena kejayaan koperasi kredit ialah penetapan matlamat yang jelas dengan kekuatan hubungan adalah nilai Beta sebanyak .529 dari jumlah varians yang diuji. Dapatan kajian ini juga mendorong kepada penemuan khusus iaitu untuk meningkatkan kejayaan koperasi kredit maka Anggota Lembaga Koperasi hendaklah memperbanyakkan perancangan perniagaan yang mempunyai matlamat yang jelas dan mengurangkan perancangan perniagaan yang sukar matlamatnya untuk dicapai oleh koperasi tersebut.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.