UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :thesis
Subject :QA Mathematics
Main Author :Murni
Title :Pendekatan pengajaran Matematik mengikut konteks di Sekolah Vokasional
Publisher :Fakulti Sains dan Matematik
Year of Publication :2015
Notes :doctoral
Corporate Name :Universiti Pendidikan Sultan Idris
PDF Guest :Click to view PDF file

Abstract : Universiti Pendidikan Sultan Idris
Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan pengajaran mengikut konteks dalam kalangan guru Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Aceh, Indonesia. Terdapat enam ciri pengajaran mengikut konteks, iaitu pembelajaran bermakna, inkuiri, masyarakat belajar, pemodelan, refleksi dan pentaksiran autentik. Kajian ini memfokuskan kepada tiga soalan kajian iaitu: Apakah perancangan pengajaran guru dengan pendekatan pengajaran mengikut konteks?; Bagaimana pelaksanaan pengajaran guru dengan pendekatan pengajaran mengikut konteks dalam bilik darjah?; Apakah masalah yang dihadapi guru dalam pelaksanaan pengajaran mengikut konteks dalam bilik darjah? Peserta kajian melibatkan tiga orang guru matematik tingkatan empat daripada dua buah SMV iaitu Sekolah Menengah Vokasional Negeri 1 (SMV N 1) dan Sekolah Menengah Vokasional Negeri 2 (SMV N 2). Pemilihan peserta adalah secara sukarela dan mendapat kebenaran pihak pentadbiran sekolah. Empat kaedah pengumpulan data digunakan iaitu pemerhatian pengajaran bilik darjah, catatan lapangan, temu bual secara individu dan pengumpulan dokumen. Temu bual diadakan sebelum dan selepas pemerhatian pengajaran, Pemerhatian pengajaran dibuat sebanyak tiga kali ke atas setiap peserta. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pada pelaksanaan pengajaran pertama, ketiga-tiga peserta kurang berupaya merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut konteks apabila hanya berupaya merancang sebahagian ciri pengajaran mengikut konteks secara tersirat. Seterusnya, sebelum proses pemerhatian pengajaran kedua, ketiga-tiga peserta diberi penjelasan oleh pengkaji mengenai enam ciri pengajaran mengikut konteks. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan bilangan ciri pengajaran mengikut konteks yang diterap dalam proses pengajaran oleh semua peserta kajian. Satu ciri pengajaran mengikut konteks yang masih gagal diterapkan oleh setiap peserta adalah: Eti belum melaksanakan ciri refleksi; Ani belum melaksanakan ciri pembelajaran bermakna; dan Rahma belum melaksanakan ciri inkuiri. Sebelum pengajaran ketiga, ketiga-tiga peserta diberi penjelasan lagi mengenai pengajaran mengikut konteks. Seterusnya proses pemerhatian pengajaran ketiga, kesemua kajian berupaya menunjukkan kesemua ciri pengajaran mengikut konteks dalam pengajarannya. Terdapat masalah yang menghalang penerapan pengajaran mengikut konteks iaitu guru sukar menggunakan cerita atau peristiwa yang sesuai dengan tajuk pengajarannya. Guru juga menghadapi masalah untuk melibatkan pelajar dalam pengajaran mengikut konteks berpunca daripada kesukaran pelajar memahami bahasa Indonesia. Oleh itu, Guru mempunyai kesabaran yang tinggi agar pengajaran mengikut konteks dapat dilaksanakan dengan sebenar, bukan sahaja memberi kepuasan kepada guru dalam melaksanakan pengajaran, tetapi juga memenuhi tuntutan kurikulum yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Indonesia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.