UPSI Digital Repository (UDRep)

Perkembangan gaya ilustrasi komik konvensional dan digital di kalangan kartunis Malaysia: kajian kes Uejang, Kerangga dan Sarah Jane

AVAILABLE Thesis 542 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Perkembangan gaya ilustrasi komik konvensional dan digital di kalangan kartunis Malaysia: kajian kes Uejang, Kerangga dan Sarah Jane
Type
Thesis
Main Author
Muliyati Mat Alim
Subject
PN2000 Dramatic representation. The Theater
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2012
Notes
with CD
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian kualitatif ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji dan meneroka serta melihat “Perkembangan Gaya Ilustrasi Komik Konvensional dan Digital di Kalangan Kartunis Malaysia. Kajian kes: kartunis iaitu Uejang, Kerangga dan Sarah Jane”. Kajian juga bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi gaya ilustrasi para kartunis yang berbeza, sebab berlakunya transformasi di dalam gaya ilustrasi serta kesan terhadap kartun ataupun komik Malaysia. Penyelidikan ini juga bertujuan untuk melihat dan menganalisis proses penghasilan komik. Metodologi kajian dimulakan dengan satu kajian keperluan yang telah dijalankan ke atas empat puluh tujuh orang pelajar kolej dalam mendapatkan kesahan dari sudut pengetahuan mengenai kartunis di Malaysia dan gaya dalam ilustrasi komik. Soal selidik dan temu bual dijalankan untuk meneroka kefahaman dan sejauh mana pengetahuan mereka. Kaedah pengumpulan data lain ialah temu bual bersama kartunis, dokumen, rakaman visual dan juga penilaian pakar. Analisis data dijalankan semasa dan selepas data dikumpulkan. Temu bual dipindahkan ke dalam bentuk transkrip sebelum dikategorikan mengikut tema. Analisis dokumen pula dilakukan pada koleksi ilustrasi komik kartunis terpilih dan dikumpulkan daripada komik terawal sehingga yang terkini. Karya terpilih dianalisis menggunakan teori-teori serta model yang terkandung di dalam bab kedua. Hasil daripada rakaman visual disemak keperincian lakaran awal, penghasilan dan juga karya akhir. Hasil daripada dapatan kajian, didapati bahawa perkembangan gaya ilustrasi komik konvensional ke digital melalui proses transformasi yang memberi kesan terhadap kartun mahupun komik di Malaysia. Perkembangan teknologi telah memberi perubahan terhadap hasil karya komik. Setiap karya juga berbeza mengikut individu atau kartunis berdasarkan kepada faktor pengalaman estetika, latar belakang budaya, persekitaran, juga kemahiran yang dikuasai. Gaya ilustrasi komik konvensional dihasilkan dengan kaedah melukis dan mewarnai secara manual, manakala bagi ilustrasi komik digital, tablet grafik dan pen teknikal berupaya menghasilkan lukisan komik. Kajian yang dijalankan ini boleh dikembangkan atau dilanjutkan untuk mendapatkan maklumat dan dapatan yang lebih menyeluruh dengan menambahkan lagi bilangan responden sebagai informan dan gaya ilustrasi juga boleh dikaji dengan mendalam mengenai pengaruh kebudayaan luar dalam penghasilan komik.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.