UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor halangan pengurusan sekolah rendah di daerah Kulim/Bandar Baharu. Angkubah bebas ialah jantina, taraf perkahwinan, bangsa, umur, pendidikan, bilangan tahun bekerja, negeri asal, jumlah tanggungan dan kategori sekolah. Angkubah bersandar pula ialah sembiIan faktor halangan pengurusan iaitu belanjawan, fizikal, sumber tenaga manusia, teknologi komunikasi dan maklumat, Persatuan Ibubapa dan Guru dan masyarakat, disiplin, perkhidmatan dan perjawatan, kokurikulum dan lain-lain. Kajian ini cuba memberi jawapan kepada soalan apakah kedudukan pangkat faktor-faktor halangan pengurusan, sekolah rendah di daerah Kulim/Bandar Baharu. Kajian ini juga cuba memberi jawapan kepada soalan, adakah wujud perbezaan yang signifikan di antara faktor demografi dengan faktor-faktor halangan pengurusan sekolah rendah di daerah Kulim/Bandar Baharu. Sampel terdiri daripada 110 orang guru besar dan guru-guru penolong kanan di daerah Kulim/Bandar Baharu iaitu 8I orang lelaki dan 29 orang perempuan. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah soalselidik yang berdasarkan kepada sembiIan faktor halangan pcngurusan sekolah rendah di daerah Kulim/Bandar Baharu. Instrumen kajian ini mengandungi 59 item soalan kesemuanya, yang terdiri daripada 9 item di bahagian A berkenaan maklumat peribadi dan 50 item di bahagian B berkenaan faktor-faktor halangan pengurusan sckolah rendah di daerah Kulim/Bandar Baharu. Penganalisaan menggunakan Statistik Diskriptif , Analisa Anova dan Ujian T. Kajian mendapati teknologi komunikasi dan maklumat (lCT) merupakan faktor halangan paling kerap dihadapi oleh guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah daerah Kulim/Bandar Baharu dengann diikuti oleh halangan belanjawan, fizikal, sumber tenaga manusia, perkhidmatan dan perjawatan, PlBG dan masyarakat, disiplin, kokurikulum dan lain-lain. |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |