UPSI Digital Repository (UDRep)
|
![]() |
|
|
Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
Tujuan kajian ini dijalankan untuk menganalisis unsur nilai murni yang tergarap dalam watak utama novel kanak-kanak karya Xu You Bin. Subjek kajian ini terdiri daripada 21 buah novel kanak-kanak Xu You Bin. Novel kanak-kanak Xu You Bin dipilih kerana beliau merupakan seorang penulis Malaysia yang cemerlang dalam bidang kesusasteraan kanak-kanak dan pernah menerima anugerah berperingkat kebangsaan disamping novel kanak-kanaknya telah diterjemahkan dalam bentuk filem. Kaedah analisis dokumen digunakan untuk mengenal pasti nilai-nilai murni dalam novel tersebut berpandukan 14 jenis nilai-nilai murni yang termaktub dalam DSKP KSSR Pendidikan Moral. Pendekatan Moral yang berkait rapat dengan aspek norma, nilai-nilai serta sistem kepercayaan dijadikan sebagai landasan kajian ini dan menilai sastera dari sudut didaktik. Semua nilai murni dalam KSSR Pendidikan Moral iaitu 14 jenis nilai murni yang dinyatakan dalam DSKP telah dijadikan sebagai rujukan analisisan nilai murni yang dipaparkan oleh watak utama melalui plot dan cerita novel. Dapatan menunjukkan antara 21 buah novel terdapat16 buah novel telah didapati mengandungi nilai kasih sayang; terdapat 14 buah novel yang mengandungi nilai baik hati dan 12 buah novel yang memaparkan nilai kejujuran telah dikenal pasti. Dapatan kajian menunjukkan novel kanak-kanak Xu You Bin telah menerapkan pelbagai nilai moral yang dipaparkan melalui watak novel. Nilai moral tersebut telah menunjukkan bahawa nilai-nilai murni watak utama adalah bersifat positif dan mungkin dapat berfungsi dalam pembentukan semangat menghadapi cabaran dan personaliti kanak-kanak yang murni. Dapatan kajian juga memberi implikasi kepada pihak sekoloh, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid dalam pemilihan bahan bacaan yang berkualiti tinggi khususnya novel kanak-kanak di mana watak-watak utama dapat menunjukkan nilai-nilai murni yang tinggi. Kunci kata: novel kanak-kanak; nilai-nilai murni; watak utama; Pendidikan Moral |
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |