| 
               
              UPSI Digital Repository (UDRep)               
              
             | 
            
               | 
          
                        
  | 
                    
                        
  | 
                    ||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun | 
| Penulisan bahasa Melayu merupakan salah satu daripada komponen penting dalam Ujian Penilaian 
Sekolah Rendah. Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mengubah format kertas Bahasa Melayu bennula 
tahun 2005 merupakan satu langkah yang amat bijak dan tepat untuk meningkatkan kemampuan pelajar 
dalam merumus karangan. Oleh itu, kepentingan  menilai  kemahiran  merumus termasuk  mengecam  
isi-isi penting dan mengolah semula teks dapat membantu murid menguasai pembelajaran bahasa Melayu 
dengan lebih berkesan di peringkat sekolah menengah. Seramai 90 orang murid dari tahun enam berbeza 
potensi, kelas dan sekolah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Sebahagian mereka belum 
dapat memahami dan menguasai kemahiran membuat rumusan. Kajian ini cuba meninjau aspek-aspek  
kemampuan  dan halangan yang membataskan murid untuk mengolah rumusan dengan tepat. Kajian ini juga 
ingin melihat hubungan pencapaian bahasa Melayu dengan latar belakang murid dalam menghasilkan 
rumusan yang lengkap. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan data yang tepat 
berdasarkan kepada kaedah soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan perisian 
' The Statistical Package For Social Science ' (SPSS). Dapatan kajian menunjukkan bahawa 80 peratus 
aspek latar belakang dan sikap murid mempunyai hubungan yang signifikan dengan kemampuan pelajar 
sekolah rendah membuat rumusan.
  | 
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.  |