UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Article
Subject :P Language and Literature
Main Author :Aqhari Isa
Title :Pencerobohan penjajah satu pendekatan tematik dalam babad Tanah Jawa dan arus balik
Hits :7
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Full Text :You have no permission to view this item.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Makalah ini memberi tumpuan terhadap isu pencerobohan penjajah di Tanah Jawa yang terdapat dalam Babad Tanah Jawa dan Arus Balik. Babad Tanah Jawa ialah sebuah buku klasik hasil sastera Jawa yang asalnya bernama Babad Tanah Djawi. Teks ini mula disunting pada tahun 1884 namun pengkaji dalam makalah ini akan menggguna pakai versi yang disunting oleh M. Ramlan, 1975. Arus Balik pula merupakan sebuah novel yang ditulis oleh Pramoedya Ananta Toer pada tahun 1995. Novel ini merupakan sebuah epik pasca-kejayaan Nusantara sebagai kesatuan dan kekuatan Maritim pada awal abad ke-16. Tujuan makalah ini ditulis adalah untuk membandingkan kedua-dua buah teks tersebut dari sudut latar kemasukan penjajah ke Tanah Jawa berlandaskan pendekatan tematik. Pendekatan tematik ialah satu kaedah membandingkan antara sebuah karya sastera dengan sebuah atau sekelompok karya sastera lain berasaskan subjek atau unsur naratif yang pusat atau dominan. Hasil penelitian mendapati bahawa tiga faktor utama yang menjadi punca kemasukan penjajah Barat di Tanah Jawa; pertama sikap dan kepercayaan kuno, kedua perang saudara dan ketiga berkomplot dengan penjajah. Ketiga-tiga faktor ini telah memperlihatkan tema kekuasaan dan kerakusan pemimpin, peperangan dan pengkhianatan oleh bangsa Jawa itu sendiri. Akhirnya didapati bahawa isu pencerobohan penjajah dalam teks Babad Tanah Jawa bersifat setempat namun Pram dalam Arus Balik melihat isu tersebut dalam konteks yang lebih luas. Kata Kunci: Arus Balik; Babad Tanah Jawa; pencerobohan; penjajah; Tanah Jawa

References

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). “Portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu.” Retrived from https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=perang+saudara

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). “Portal Pusat Rujukan Persuratan Melayu.” Retrived from https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=komplot&d=243192&

Edy Suparjan. (2019). Pendidikan Sejarah untuk Membentuk Karakter Bangsa. Yogyakarta: Deepublish.

Eka Kurniawan. (1999). Pramoedya Ananta Toer dan Sastra Realisme Sosialis. Yogyakarta: Yayasan Aksara Indonesia.

Fathin Noor Ain Ramli, Azhar Wahid & A. Halim Ali. (2021). Pengurusan Identiti Bangsa dalam Trilogi Karya Hamka. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 9(1), 33-48.

Haswani Dzul, Zaharah Hussin & Abdul Muhsien Sulaiman. (2021). Kepercayaan dalam Komuniti sebagai Faktor dalam Melestarikan Budaya KPP di Sekolah. ASEAN Comparative Education Research Journal on Islam and Civilization, 4(2), 70-82.

Jamail Masador, A. Halim Ali & Azhar Wahid. (2023). Kepercayaan Lama dalam Budaya bukan Benda Masyarakat Kimaragang Menerusi Cerita Rakyat Terpilih. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 11(1), 57-74.

Jost, Francois. (1974). Introduction to Comperative Literature. Indianapolis and New York: Pegasus: A Dividion of The Boobs-Merill Company, Inc.

Koh Young Hoon. (1996). Pemikiran Pramoedya Ananta Toer dalam Novel-novel Mutakhirnya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kumaidi. (2019). Konteks Sejarah Maritim Indonesia dalam Novel Arus Balik Kaya Pemoedya Ananta Toer Kajian New Historism. Jurnal Bahasa, Sastra, dan Pembelajarannya EDU-KATA, 4(2), 195-204.

Linda Christanty. (2006). Arus Balik dalam Hidup Pramoedya Ananta Toer. Portal Indo Progress. Retrived from https://indoprogress.com/2006/05/arus-balik-dalam-hidup-pramoedya-ananta-toer/

M. Ramlan. (1975). Babad Tanah Jawa. (Terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Maryam Taib & Roslan Chin. (2022). Ketamakan Manusia Berkuasa dalam Novel Nabatah Karya Mohd. Khairy Haji Halimi. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 10(1), 73-86.

Nur Shahirah Amir & Mawar Safei. (2023). Kreativiti Perwatakan dan Sejarah dalam Novel Wanita Rawa Terakhir. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 11(2), 23-39.

Pramoedya Ananta Toer. (1995). Arus Balik. Kuala Lumpur: Wira Budaya.

Sohaimi Abdul Aziz. (2001). Sisyphus dan Sisifus: Satu Pendekatan Tematik. Dalam Kesusasteraan Bandingan. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Sohaimi Abdul Aziz. (2017). Maritim Majapahit dalam Arus Balik: Satu Penelitian Oksidentalisme. Dalam Novel dan Puisi dalam Kritikan Sastera. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

Tuan Pah Rokiah Syed Hussain & Ismail Abd. Muttalib. (2016). Kajian Sikap Rakyat Malaysia terhadap Kesetiaan kepada Negara. Journal of Techno-Social, 8(2), 56-69.

Wan Roshazli Wan Razali. (2023). Sultan Mahmud Badaruddin II, Wira Masyarakat Palembang. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 11(1), 32-45.

Xun Zi. (2009). Kaedah Peperangan. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu, 1(1), 61-88.


This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.