UPSI Digital Repository (UDRep)

Nilai estetika pada motif batik tradisional Kelantan

AVAILABLE Thesis 400 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Nilai estetika pada motif batik tradisional Kelantan
Type
Thesis
Main Author
Nor Hasilah Mohamed Ali
Subject
NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2009
Notes
-
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

'Nilai Estetika pada Motif Batik Tradisional Kelantan' mengupas apakah motif-motif pada batik tradisional Kelantan, mengetahui nilai-nilai estetika di sebalik motif batik tradisional Kelantan dan hubungan masyarakat Melayu dengan motif-motif batik tradisional Kelantan.Terdapat beberapa kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini seperti kaedah pemerhatian, kaedah kajian pustaka dan kaedah triangulasi data. Terdapat beberapa jenis motif pada motif batik tradisional seperti motif flora, motif fauna, motif geometri, motif abstrak dan motif isen tetapi pengkaji mengkaji tiga jenis motif yang utama seperti motif flora, motif fauna dan motif geometri.Motif-motif yang diilhamkan daripada unsur-unsur semula jadi di persekitaran masyarakat Melayu, melalui motif-motif ini melambangkan nilai-nilai kelembutan, nilai perpaduan, bersifat sopan santun, berbudi pekerti, nilai kasih sayang, nilai hormat-menghormati dalam masyarakat. Nilai pengajaran diterjemahkan atau disimbolkan melalui motif yang diilhamkan sebagai pedoman dan nasihat.Nilai-nilai estetika yang dapat dilihat sebalik motif batik melalui pengamatan dan suasana kesenian dan keindahan ciptaan. Nilai ini dapat dilihat melalui estetika formal dan estetika non-formal.Hubungan masyarakat Melayu dengan motif-motif batik dapat digambarkan melalui kehalusan kesenian yang dihasilkan berdasarkan persekitaran masyarakat dengan alam semula jadi dan kehidupan seharian mereka melalui nilai-nilai pengajaran, pendidikan dan pedoman kepada masyarakat Melayu.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.