|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kepasifan dalam penilaian hadis boleh diatasi dengan menggunakan pelbagai pendekatan interdisiplin sebagai kaedah penilaian. Ini akan menghasilkan perkembangan pengetahuan tentang hadis, terutamanya dalam bidang penilaian hadis serta melalui pendekatan yang berbeza. Oleh itu, kajian ini akan menghuraikan tiga pendekatan dalam menilai kesahihan hadis iaitu pertama, pendekatan ahli fiqh (fuqahā'). Manakala, pendekatan kedua ialah melalui pendekatan sejarah dan ketiga, pendekatan saintifik-rasional. Melalui kajian literatur, penyelidikan ini memaparkan tiga topik tersebut berdasarkan pemerhatian yang dibuat dalam kajian-kajian relevan, buku-buku dan karya para ulama yang berkaitan dengan topik perbincangan ini. Ahli fiqh hanya melihat hadis sebagai sebahagian daripada undang-undang Islam (syariah). Oleh itu, penilaian mereka terhadap hadis hanya menghasilkan dua kesimpulan: maqbūl, yang bermaksud boleh diamalkan (ma'mul bih) dan mardūd, yang bermaksud tidak boleh diamalkan. Selain itu, perbezaan dalam penilaian ahli fiqh terhadap kebolehpercayaan perawi ('adālah al-ruwāh) dianggap lebih toleran daripada kriteria yang digunakan oleh sarjana hadis. Selain itu, untuk menilai kesahihan hadis, para ulama juga melibatkan pendekatan sejarah. Misalnya, ini dilakukan oleh Jonathan Brown melalui metod tiga tingkat atau seperti yang dilakukan oleh Sādah al-Ghumariyyīn melalui analisis kritikal serta perbandingan teks klasik. Selain itu, al-Idlibi menawarkan pendekatan saintifik-rasional untuk menilai kesahihan hadis. Kesimpulannya, pendekatan ahli fiqh, pendekatan sejarah dan pendekatan saintifik-rasional telah menyumbang kepada penilaian kesahihan hadis seterusnya memperkaya bidang hadis dengan metodologi yang pelbagai.
Kata Kunci: Penilaian Hadis, Tinjauan Literatur Sistematik, Saintifik-Rasional, Pendekatan Interdisiplin |
| References |
Afwadzi, B. (2017). Kritik Hadis dalam Perspektif Sejarawan. Mutawatir: Jurnal Keilmuan Tafsir Hadith, 7(1), 50–75. Amrulloh, A. (2022). Metode Studi Hadis Taḥlīlī dan Implementasinya. Nabawi: Journal of Hadith Studies, 2(2), 201-235. https://doi.org/10.55987/njhs.v2i2.49. Bakir, M. (2018). Kritik Matan Hadis Versi Muhaddisin Dan Fuqaha: Studi Pemikiran Hasjim Abbas. Samawat: Journal Of Hadith And Quranic Studies, 2(2), Article 2. https://jurnal.badrussholeh.ac.id/index.php/samawat/article/view/77. Bazmul, M. Ibn S. (2019). تقوية الحديث الضعيف بين الفقهاء والمحدثين . QuranicThought.com. https://www.quranicthought.com/ar/books/%d8%aa%d9%82%d9%88%d9%8a%d8%a9-%d8%a7%d9%84%d8%ad%d8%af%d9%8a%d8%ab-%d8%a7%d9%84%d8%b6%d8%b9%d9%8a%d9%81%d8%a8%d9%8a%d9%86%d8%a7%d9%84%d9%81%d9%82%d9%87%d8%a7%d8%a1%d9%88%d8%a7%d9%84%d9%85%d8%ad-2/. Budiman, A., Safri, E. & Wendry, N. (2020). Studi Kritik Hadis Perspektif Jonathan A.C. Brown (Analisis terhadap Three Tiered Method). Substantia: Jurnal Ilmu-Ilmu Ushuluddin, 22(1), 1-20. https://doi.org/10.22373/substantia.v22i1.6853. al-Ghumari, A. I. S. (1996). Dar’ al-Dha’if. Dar al-Musthofa. https://archive.org/ details/Benseddiq/darada3f/page/n3/mode/2up. Hasanah, U. (2016). Kritik atas Metode Kritik Matan Hadis Al-Idlibi. Tesis Doktor Falsafah. Sekolah Pascasarjana Universitas Islam Negri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta]. https://repository.uinjkt.ac.id/dspace/handle/123456789/ 38894. al-Idlibi, S. (2013) Manhaj naqdi al-Matan 'inda ulama al-Hadis an-Nabawi. http://archive.org/details/manhajnaqdmatan_202006. Idri, M. (2015). Epistemologi Ilmu Pengetahuan, Ilmu Hadis, dan Ilmu Hukum Islam. Prenada Media. Khusein, A. A. (2023). History and Methodology of Matan Hadith Criticism Perspective of Salahudin Al-Idlibi. Mudir : Jurnal Manajemen Pendidikan, 5(2), 328-332. https://doi.org/10.55352/mudir.v5i2.462. al-Ma’arif. (2015). Rekonstruksi Metodologi Kritik Matan Hadis Salah Al-Din Ibn Ahmad Al-Idlibi. (Tesis Sarjana), Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga Yogyakarta. Maulana, A., Muhid, M. & Nurita, A. (2023). Abu Zahwu’s Thoughts About The Role Of Muhaddisin In Maintaining The Authenticity Of Hadith In The Third Century Of Hijri. Kontemplasi: Jurnal Ilmu-Ilmu Ushuluddin, 11(1), 187-210. https://doi.org/10.21274/kontem.v11i1.8481. Maulana, R. (2023). Historiografi Kodifikasi Hadis. Al-Thiqah : Jurnal Ilmu Keislaman, 6(1), 1-17. https://doi.org/10.56594/althiqah.v6i1.86. Muhammad Majdi as-Sofuri (2020). Tashih al-Hadis 'inda al-Usuliyyin. https://doi. org/10.21608/bfrt.2021.56077.1017. Nasution, N., Mahesa, F. & Dalimunthe, A. Q. (2023). Hadist Ditinjau Dari Penisbatannya. Adabiyah Islamic Journal, 1(2), 129-140. Nugraha, R. A. & Sulfinadia, H. (2020). Ushul Mazhab Hanafi dan Maliki: Kehujahan Khabar Ahad dan Qiyas serta Impilkasinya dalam Penetapan Hukum. IJTIHAD, 36(1), 59-76. https://journals.fasya.uinib.org/index.php/ijtihad/article/view/12. Ramadhan, M. R. S. (2020). Metode Kritik Hadis Ali Mustafa Yaqub; Antara Teori Dan Aplikasi. Nabawi: Journal of Hadith Studies, 1(1), 23-44. https://doi.org/ 10.55987/njhs.v1i1.5 Shabbah, A. K. I. (1998). Al-Hadis al-Sahih wa Manhaju Ulama’ al-Muslimin fi al-Tashih. Maktabah al-Rasyad. Tambak, S. P. & Khairani, K. (2023). Kualitas Kehujjahan Hadis (Sahih, Hasan, Dhaif). Tarbiatuna: Journal of Islamic Education Studies, 3(1), 117-128. https://doi.org/10.47467/tarbiatuna.v3i1.2663. Ulum, B. (2022). Rekonstruksi Metode Kritik Hadis Dengan Paradigma Interdisipliner. Kordinat: Jurnal Komunikasi antar Perguruan Tinggi Agama Islam, 21(1), 117–135. https://doi.org/10.15408/kordinat.v21i1.27672. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |