UPSI Digital Repository (UDRep)

Ancaman komunis di Sarawak, 1963-1972

AVAILABLE Thesis 359 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Ancaman komunis di Sarawak, 1963-1972
Type
Thesis
Main Author
Ahmad Syakir Jaafar
Subject
DS Asia
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2024
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini mengkaji ancaman pihak komunis di Sarawak pada 1963 hingga 1972. Tumpuan kajian ini akan menfokus kepada perkembangan gerakan, pembanterasan ancaman komunis dan penerimaan masyarakat terhadap ideologi komunisme di Sarawak. Ancaman ini berlaku secara besar-besaran disebabkan oleh pelbagai peristiwa pada era pembentukan Malaysia 1963. Terdapat kerjasama dan gerakan anti-komunis yang digerakkan oleh pihak di dalam dan luar Sarawak sebagai respon kepada ancaman yang semakin berleluasa. Metodologi kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menekankan analisis dokumen dan manuskrip. Fakta yang diperoleh ditafsir dan ditulis dalam bentuk naratif deskriptif serta menekankan aspek sebab dan akibat. Kajian ini menggunakan analisis dokumen dari sumber arkib dan perpustakaan sebagai rujukan seperti bahan dan data daripada Arkib Negara Cawangan Sarawak, Pustaka Negeri Sarawak, Repositori Arkib Negeri Sarawak, Perpustakaan Dewan Bahasa & Pustaka Cawangan Sarawak dan Perpustakaan Tuanku Bainun Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sumber sekunder pula berupa buku, jurnal dan penulisan lain seperti surat khabar, majalah dan penerbitan yang berkaitan. Dapatan kajian mendapati bahawa sebelum pihak komunis memulakan kempen keganasan di Sarawak, mereka telah menggerakkan gerakan propaganda dan menyusup masuk ke dalam parti politik secara bawah tanah bagi menarik seberapa ramai masyarakat menyertai mereka. Namun begitu, kaedah yang mereka gunakan ini kurang berjaya. Kaedah lain seperti paksaan, peranan parti politik dan subversif serta kerjasama dengan Parti Komunis Malaya di Tanah Melayu memberikan kekuatan kepada mereka untuk bangkit menentang pihak kerajaan. Oleh itu, kajian ini menyimpulkan bahawa ideologi komunisme yang cuba disebarkan menemui kegagalan disebabkan kejayaan operasi ketenteraan yang digerakkan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam mengekang ancaman komunisme. Kajian ini akan membuktikan keberkesanan pihak keselamatan dan kerjasama yang kukuh dengan pelbagai pihak dalam menghalang perluasan ideologi komunisme dalam pentadbiran dan masyarakat di Sarawak.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.