|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Penyelidikan ini dijalankan untuk mengesan keberkesanan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
secara kooperatif (STAD) dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, di kalangan pelajar-pelajar
Tingkatan 2 SMK Bandar Baru, Seri Petaling, Kuala Lumpur. Sejumlah 64 orang pelajar dari dua buah
kelas dipilih sebagai sampel. Perbandingan dapatan daripada pendekatan dua kaedah pengajaran dan
pembelajaran adalah fokus utama bagi memperolehi jawapan terhadap persoalan dan hipotesis kajian.
Penyelidik mengenakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara kooperatif melalui projek
studio/ amali terhadap kumpulan rawatan. Ujian Paired Samples T-Test digunakan untuk mengukur
pencapaian dengan melihat min ujian-pra dan ujian-pasca. Analisis Korelasi/Correlations terhadap
dapatan soal selidik dan senarai semak digunakan bagi mengesan hubungan antara
pembolehubah-pembolehubah dengan pendekatan pengajaran secara kooperatif.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |