UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Kalaivaanan Kandasamy
Title :Pembangunan dan penilaian modul mahir PK untuk meningkatkan kemahiran penyediaan penyata kewangan bagi pelajar Tingkatan Empat di Negeri Sabah
Hits :3
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan membangunkan Modul Mahir PK dan mengkaji keberkesanannya terhadap penguasaan konsep asas perakaunan dalam penyelesaian item pelarasan bagi menyediakan Penyata Kewangan. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kuasi eksperimen bagi menentukan kesan modul. Dalam kajian kuasi-eksperimen ini, reka bentuk ujian pra-pasca bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan digunakan. Kumpulan eksperimen diberikan Modul Mahir PK manakala kumpulan kawalan belajar tidak dibekalkan modul. Pembangunan Modul Mahir PK ini adalah berdasarkan Model Pembinaan Modul Sidek yang mempunyai dua fasa iaitu persediaan draf modul dan pengujian kesahan dan kebolehpercayaan modul. Modul Mahir PK disahkan oleh empat orang pakar yang terdiri daripada guru berpengalaman. Instrumen kajian terdiri daripada Ujian Pencapaian Penyata Kewangan dan Soal Selidik Persepsi Terhadap Modul. Seramai 60 pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah di daerah Kota Kinabalu dipilih melalui persampelan rawak. Sampel terdiri daripada 30 pelajar kumpulan eksperimen dan 30 pelajar kumpulan kawalan. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Bagi ujian pra, Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan antara kedua-dua kumpulan [F=3.46, p=.068] manakala bagi ujian pasca, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara kedua-dua kumpulan [F=14.72,p=.000]. Persepsi pelajar terhadap kualiti kandungan modul (M=4.59,SP=.45), keberkesanan (M=4.48.SP=.48) dan kepuasan (M=4.65,SP=.44) adalah tinggi. Kesimpulannya, intervensi menggunakan modul pembelajaran meningkatkan penguasaan konsep asas perakaunan pelajar dalam penyelesaian item pelarasan. Implikasi kajian ialah Modul Mahir PK boleh disebarluaskan penggunaannya dalam topik Penyata Kewangan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.