UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Ainul Kamaliah Nasri
Title : Pembangunan modul pembelajaran berasaskan projek (M-BMC) bagi topik kanvas model perniagaan dalam program diploma Kolej Vokasional Pertanian
Hits :2
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Teknikal dan Vokasional
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan membangunkan modul pembelajaran berasaskan projek (M-BMC) dan mengkaji kesannya terhadap pencapaian topik Kanvas Model Perniagaan. Kajian ini terdiri daripada dua fasa iaitu fasa pembangunan modul dan fasa menilai kesan modul. Reka bentuk kajian pembangunan digunakan dalam fasa pertama manakala reka bentuk kuasi eksperimen digunakan dalam fasa kedua. Modul Pembelajaran Berasaskan Projek (M-BMC) dibangunkan dengan model Dick dan Reiser (1996) mengintegrasikan Model Pembangunan Modul Sidek serta Teori Konstruktivisme dan Teori Pembelajaran Bermakna. Kesahan modul dinilai oleh sembilan pakar menggunakan dua instrumen iaitu soal selidik kesahan modul dan soal selidik kesahan aktiviti modul dan Nilai kebolehpercayaan modul (Cronbach_s Alpha = 0.710 _ 0.898) diperoleh melalui kajian rintis. Pada fasa kedua melibatkan 91 orang pelajar Kolej Vokasional Pertanian yang diagih kepada kumpulan kawalan (n = 35) dan rawatan (n = 56). Instrumen yang digunakan ujian pencapaian topik Kanvas Model Perniagaan. Data dianalisis secara statistik inferens. Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan ujian pasca pencapaian pengetahuan [t(88) = 3.57; p < 0.05] dan penilaian amali [t(88) = 8.72; p < 0.05] antara kumpulan rawatan dan kawalan. Kesimpulannya, modul pembelajaran berasaskan projek (M-BMC) adalah berkesan dalam ujian pencapaian pelajar dalam topik kanvas model perniagaan kumpulan rawatan. Implikasi kajian menunjukkan modul pendekatan pembelajaran berasaskan projek ini boleh digunakan oleh pelajar kursus keusahawanan.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.