UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :JC Political theory
Main Author :Joekryno Joni
Title : Tahap pengetahuan sikap dan kesediaan belia terhadap pengundian seawal umur 18 tahun di Daerah Batang Padang Perak
Hits :6
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2024
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini merupakan kajian secara kuantitatif yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan belia di daerah Batang Padang terhadap pengundian seawal umur 18 tahun sejajar dengan pelaksanaan Undi18 di negara ini. Tinjauan melalui soal selidik yang melibatkan 462 orang belia yang berumur 18 hingga 20 tahun di daerah Batang Padang. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini ialah peratus dan min manakala bagi statistik inferens ujian yang digunakan ialah korelasi Pearson dan Regresi berganda. Hasil analisis mendapati tahap pengetahuan belia berada pada tahap yang tinggi. Tahap sikap dan kesediaan pula berada pada tahap yang sederhana. Hasil analisis juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dengan tahap sikap belia terhadap pengundian seawal umur 18 tahun. Terdapat hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan tahap kesediaan belia terhadap pengundian seawal umur 18 tahun serta terdapat hubungan yang signifikan antara tahap sikap dengan tahap kesediaan belia terhadap pengundian seawal umur 18 tahun. Hasil analisis regresi berganda juga menunjukkan antara lima faktor yang signifikan mempengaruhi kecenderungan belia untuk mengundi adalah tanggungjawab mengundi, pengaruh parti politik, rakan sebaya, media sosial, dan ahli keluarga. Kajian ini menyumbang maklumat dan informasi kepada pihak yang berkaitan dalam merangka strategi untuk mempersiap belia demi demokrasi negara.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.