UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Nur Arifah Rosli
Title :Pengetahuan pedagogi kandungan dalam pengajaran Fiqh di sekolah menengah Agama di Kelantan
Hits :5
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pedagogi kandungan (PPK) bagi pengajaran fiqh dalam kalangan guru pendidikan Islam di SMKA negeri Kelantan. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan sampel kajian dijalankan secara persampelan seluruh populasi yang melibatkan 50 orang guru pendidikan Islam (GPI) yang mengajar di SMKA negeri Kelantan. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang mengandungi 50 item soalan. Kesahan data ditentukan dengan menubuhkan panel rujukan pakar seramai 4 orang. Melalui kajian rintis yang dijalankan, kebolehpercayaan alat kajian berdasarkan alfa Cronbach mendapati berada pada tahap tinggi, iaitu >0.97. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan tahap PPK dengan mendapatkan nilai kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Analisis inferensi pula melibatkan ujian-t dan ANOVA untuk menerangkan perbezaan antara pembolehubah kajian. Secara keseluruhannya, guru pendidikan Islam mempunyai tahap PPK yang tinggi dalam keempat-empat elemen PPK dalam pengajaran fiqh yang terdiri daripada elemen pengetahuan kandungan (min=4.39, sp=0.42), pengetahuan pedagogi (min=4.33, sp=0.44), pengetahuan terhadap pelajar (min=4.12, sp=0.47) dan kemahiran psikologi (min=4.34, sp=0.43). Analisis ujian-t merentas jantina (p=0.258, p>0.05) dan latar belakang universiti (p=0.551, p>0.05) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kesemua aspek tersebut. Manakala, analisis ANOVA dalam aspek pengalaman mengajar (p=0.264, p>0.05) dan kelayakan ikhtisas (p=0.552, p>0.05) juga mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan bagi tahap pengetahuan pedagogi kandungan guru pendidikan Islam dalam pengajaran fiqh. Kesimpulan daripada kajian menunjukkan PPK dan kemahiran psikologi guru pendidikan Islam dapat meningkatkan kualiti pengajaran fiqh dengan signifikan. Implikasinya, model PPK yang mengetengahkan kemahiran psikologi sebagai salah satu strategi PdP boleh diaplikasikan oleh para guru bagi meningkatkan lagi kefahaman pelajar dalam pengajaran fiqh.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.