|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Salah satu daripada matlamat reka bentuk pinggan hidangan seramik yang berkualiti adalah untuk melengkapkan domain maklumat ke dalam reka bentuk yang boleh digunakan. Ia akan terhasil apabila reka bentuk tersebut memenuhi keperluan pengguna. Meneroka keperluan pasaran baru dan kajian tentang keutamaan pasaran adalah penting dalam menemui pasaran sasaran. Berdasarkan kajian pasaran sebelum ini, industri perhotelan di Malaysia nampaknya mempunyai potensi besar untuk diterokai. Hotel merupakan salah satu pemain utama dalam seni dan industri kreatif. Bagi hotel yang mempunyai speciality restaurant, menu yang dihidangkan mempunyai eleman moden dan haute cuisine, pemilihan pinggan hidangan seramik untuk dihidangkan bersama menu perlu mempunyai eleman yang bersesuaian dengan menu yang dihasilkan. Dengan gaya kemewahan, objek karya seni seperti seramik digunakan sebagai medium komunikasi estetika dalam mendorong kehadiran pengunjung menginap di hotel mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk meneroka hubungan persepsi estetik manusia terhadap ciri visual yang diesktrak daripada pinggan seramik yang digunakan. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kajian kualitatif iaitu kaedah pemerhatian lapangan berstruktur, temu bual dan analisis data yang bersistematik. Seratus produk pinggan hidangan seramik telah dikumpul dan dinilai menggunakan kaedah analisis kandungan. Objektif ini bertujuan mengenal pasti reka bentuk pinggan hidangan seramik yang digunakan oleh restoran hotel ini. Kajian mendapati jenis reka bentuk organik yang mendapat permintaan tinggi di kalangan restoran hotel tersebut. Selain itu, warna, tekstur, garisan dan imej turut menjadi ciri penting dalam pinggan seramik yang digunakan di restoran hotel. Kajian ini membolehkan artis dan pengusaha seramik tempatan untuk memahami dengan lebih jelas tentang kriteria pinggan seramik yang dikehendaki oleh industri perhotelan di Pulau Langkawi, Kedah. Hasil daripada kajian ini dapat membantu industri seni, khususnya artis, usahawan seramik, pendidik seni, pelajar dalam menghasilkan garis panduan pinggan seramik untuk keperluan pasaran khususnya industri perhotelan. Kajian ini akan meningkatkan perancangan pasaran strategik dan berorentasikan sasaran untuk pasaran pinggan seramik di Langkawi, Kedah. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |