UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Main Author :Menaga Thannimalai
Title :Penggunaan animasi kartun dalam pembelajaran penulisan karangan fakta Bahasa Tamil
Hits :12
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan animasi kartun dalam pembelajaran penulisan karangan fakta dalam Bahasa Tamil bagi murid Tahun 4. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah campuran dengan reka bentuk kuasieksperimen, melibatkan sampel seramai 64 murid Tahun 4 yang dipilih berdasarkan pencapaian akademik yang setara. Seramai 33 murid dalam kumpulan rawatan diajar menggunakan modul animasi kartun selama empat minggu, manakala 31 murid dalam kumpulan kawalan mengikuti kaedah pengajaran tradisional. Ujian pra dijalankan bagi menilai keupayaan awal murid dalam penulisan. Beberapa isu utama yang dikenal pasti termasuk pendahuluan yang tidak mempunyai kesinambungan, penggunaan kosa kata yang terhad, ketidakmampuan mengembangkan isi dengan berkesan, serta karangan yang tidak mencapai panjang minimum 80 patah perkataan. Intervensi bagi membantu mereka dalam penulisan karangan fakta dijalankan selama empat minggu. Dapatan kuantitatif daripada ujian pasca menunjukkan peningkatan ketara dalam pencapaian kumpulan rawatan selepas intervensi. Peratusan murid yang mencapai tahap cemerlang meningkat daripada 0% kepada 31%, tahap baik daripada 12% kepada 42%, dan tahap memuaskan daripada 21% kepada 27%, manakala tahap lemah menurun secara signifikan daripada 67% kepada 0%. Dapatan kualitatif menunjukkan bahawa animasi kartun membantu murid menghasilkan karangan yang lebih tersusun dengan pengolahan idea yang jelas, ayat yang gramatis, serta ejaan dan tanda baca yang tepat. Kajian ini memberikan implikasi penting kepada pendidik dalam merancang strategi pengajaran yang lebih menarik dan berkesan. Diharapkan hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan dalam pembangunan kaedah pengajaran inovatif yang membantu meningkatkan kemahiran penulisan murid dalam Bahasa Tamil.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.