UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Asiah Yaacob Khan
Title :Meneroka pembangunan kopentensi amalan dan impak kepimpinan dalam kalangan guru besar muda di Malaysia
Hits :8
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pengurusan dan Ekonomi
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk memahami pembangunan kompetensi, amalan dan impak kepimpinan guru besar muda (GBML). Kajian kes tunggal ini dijalankan terhadap peserta kajian yang dipilih secara bertujuan, manakala informan yang terdiri daripada kalangan kakitangan GBML pula dipilih secara bebola salji. Protokol temu bual dibina daripada kerangka konseptual kajian yang diadaptasi daripada tiga teori iaitu Teori Kepimpinan Instruksional (Hallinger & Murphy, 1985), Teori Kepimpinan Distributif (Gordon, 2005) dan Teori Kepimpinan Transformasional (Slocum & Hellriegel, 2007). Pemilihan tiga teori ini adalah berdasarkan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan pemimpin yang mengamalkan kepimpinan instruksional, distributif dan transformasional melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Kajian dijalankan dengan menemu bual GBML dan kaki tangannya serta triangulasi semakan dokumen, pemerhatian persekitaran sekolah dan media sosial sekolah. Data daripada semua sumber dianalisis dengan bantuan perisian NVivo 12 menggunakan kaedah analisis kandungan bagi menentukan tema. Manakala kaedah perbandingan konstant digunakan untuk membuat triangulasi data bagi melihat persamaan dan perbezaan yang bermakna bagi setiap reaksi. Lima tema ditemui dalam pembangunan kompetensi kepimpinan GBML iaitu: peluang melaksanakan pelbagai peranan, latihan kepimpinan, pementoran, konsultasi TS25, sifat diri dan kemahiran yang dimiliki. Sembilan tema ditemui bagi amalan kepimpinan GBML iaitu: menentukan hala tuju, membangun sumber manusia dan operasi, menurunkan tanggungjawab, memperkukuh pasukan, memotivasi, membuat keputusan, menunjukkan teladan, mempromosi dan mengawal. Seterusnya lima tema bagi impak kepimpinan GBML adalah: guru berkualiti, meningkatkan kepercayaan dan sokongan guru dan pihak berkepentingan, kemenjadian murid, persekitaran bermakna dan mendapat kejayaan dan pengiktirafan. Kesimpulannya guru besar muda yang cemerlang dapat dilahirkan dengan strategi yang bersesuaian bagi mendatangkan impak kepada pendidikan secara keseluruhannya. Dapatan kajian ini menyokong pelaksanaan dasar lantikan guru besar berdasarkan kecemerlangan. Kajian ini juga menyumbang dalam strategi menyediakan barisan kepimpinan pendidikan, menjadi rujukan bagi mereka bentuk latihan dan pembangunan profesional yang berterusan serta sokongan pementoran kepada guru besar bagi memastikan kepimpinan pendidikan yang berkualiti.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.