|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini tentang perkembangan Pulau Sebatik (Malaysia) selepas Perjanjian London 1824 sehingga 1990. Kesan daripada termeterainya Perjanjian London mengakibatkan pulau ini ditadbir oleh dua negara yang berbeza yang membabitkan dua kuasa kolonial, iaitu British dan Belanda, berkaitan pembahagian sempadan kuasa pentadbiran. Perselisihan sempadan yang mengaitkan Pulau Sebatik mencapai kata sepakat melalui Konvensyen London yang ditandatangani pada 29 Jun 1891 telah menjadikan satu pulau dengan dua pentadbiran yang berbeza. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah menggunakan pendekatan kualitatif berdasarkan sumber primer dan sekunder. Sumber primer diperoleh di Arkib Negeri Sabah seperti Colonial Office (CO), Annual Report, Fail Land Office dan akhbar British North Borneo Herald. Manakala sumber sekunder seperti buku dan artikel diperoleh daripada perpustakaan. Dapatan kajian yang diperoleh membuktikan sememangnya berlaku perkembangan dalam masyarakat yang mendiami Pulau Sebatik bermula tahun 1900. Perkembangan yang berlaku di Pulau Sebatik, Malaysia masih berada pada tahap yang sederhana walaupun dilihat terdapat kemudahan asas bagi menampung keperluan penduduk di 15 buah kampung yang terdapat di pulau berkenaan. Situasi ini dilihat berkembang agak perlahan berbanding perkembangan yang berlaku di Pulau Sebatik, Indonesia yang berkembang secara pesat dan maju. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa Pulau Sebatik, Malaysia masih memerlukan bantuan dana daripada pihak berkuasa tempatan agar kemajuan di sini dapat dibina dengan baik walaupun ianya berada di sebuah pulau yang jauh dari sistem pentadbiran pusat. Implikasinya, kajian ini sangat penting khususnya kepada masyarakat umum dalam memahami sejarah tempatan serta pihak berkuasa tempatan dalam merancang pembangunan bagi kemudahan masyarakat di kawasan Pulau Sebatik, Malaysia secara khususnya. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |