UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Vasanth Balan
Title :Peranan aspek psikososial dalam bilik darjah terhadap minat murid dan pengurusan persekitaran fizikal sebagai mediator melalui Mixed Method Exploratory Sequential dalam kalangan murid sekolah rendah
Hits :1
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji peranan aspek psikososial dalam bilik darjah terhadap minat murid, dengan persekitaran faktor fizikal sebagai mediator di kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini menggunakan reka bentuk Mixed Method- Exploratory Sequential, kajian ini melibatkan 242 responden dari 10 sekolah di daerah Sitiawan melalui persampelan rawak mudah. Instrumen kajian termasuk _My Class Inventory-(MCI)_ untuk mengukur aspek psikososial, Inventori Kefahaman dan Minat Murid untuk menilai minat murid, serta Inventori Persekitaran Fizikal untuk menilai faktor mediator bilik darjah. Alat pengukuran seperti Lux meter, Heat Stroke Meter, Mini Sound Meter dan pita ukur digunakan untuk menilai pencahayaan, keselesaan termal, kebisingan, dan keluasan ruang. Analisis data dijalankan menggunakan IBM SPSS versi 27, melalui ujian regresi dan analisis mediasi (PROCESS Model 4.2). Dapatan menunjukkan bahawa persekitaran fizikal bilik darjah tidak mencapai tahap optimum, dengan pencahayaan antara 391.87 hingga 966.20 lux, kebisingan melebihi 35 dBA, dan keluasan ruang kurang daripada 4.572 meter_, walaupun keselesaan termal berada pada tahap yang sesuai (32.5_C). Dapatan kajian mendapati bahawa beberapa aspek psikososial memberi kesan signifikan terhadap minat murid (p < 0.001), kecuali persaingan dan perselisihan yang memberi kesan negatif. Perselisihan dan Kesepaduan bertindak sebagai faktor mediator yang signifikan dalam meningkatkan minat murid (Effect = 1.6397, BootSE = 0.2873; Effect = 0.2356, BootSE = 0.0333). Secara keseluruhan, aspek psikososial, terutamanya perselisihan dan kesepaduan, memberi kesan yang signifikan terhadap minat murid, dengan perselisihan memberi kesan negatif dan kesepaduan bertindak sebagai mediator positif. Kajian ini menyumbang kepada literatur dengan menggunakan Mixed Method- Exploratory Sequential dalam menilai peranan persekitara faktor fizikal sebagai mediator antara aspek psikososial dan minat murid. Implikasi kajian menekankan pentingnya aspek psikososial dalam meningkatkan minat murid berbanding persekitaran fizikal, memberi panduan kepada pembuat dasar dan pengurusan sekolah untuk merangka strategi bilik darjah yang lebih berkesan bagi meningkatkan minat murid.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.