UPSI Digital Repository (UDRep)

Reka bentuk pembangunan modul pembelajaran gitar pemula berkonsepkan bite-size Learning dalam kalangan pelajar menengah rendah melalui aplikasi TikTok

AVAILABLE Thesis 122 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Reka bentuk pembangunan modul pembelajaran gitar pemula berkonsepkan bite-size Learning dalam kalangan pelajar menengah rendah melalui aplikasi TikTok
Type
Thesis
Main Author
Marlia Munirah Abu Mansor Halimi
Additional Authors
  • Chamil Arkhasa Nikko Mazlan (advisor)
Subject
MT Musical instruction and study
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan sebuah modul pembelajaran gitar untuk pelajar sekolah menengah rendah berasaskan konsep bite-size learning menggunakan platform TikTok. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan pembangunan berasaskan model ADDIE dan dilaksanakan sehingga peringkat penilaian pakar. Modul ini dibina berdasarkan 14 topik utama pembelajaran gitar dan dirangka mengikut pendekatan teori Pembelajaran Kognitif Multimedia, Teori Beban Kognitif, dan Pembelajaran Masteri. Setiap topik disusun dalam format video pendek berdurasi 1_2 minit dengan objektif yang jelas dan berpandukan skrip yang telah direka bentuk secara sistematik. Seramai lima orang pakar menilai kandungan dan struktur modul manakala lima orang guru muzik sekolah menengah ditemu bual bagi mendapatkan maklum balas terhadap kesesuaian kandungan modul. Dapatan menunjukkan bahawa pendekatan bite-size learning menerusi skrip video TikTok berpotensi membantu pelajar memahami asas permainan gitar dengan lebih berkesan. Kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan media sosial sebagai medium pembelajaran boleh dimanfaatkan secara strategik dalam pendidikan muzik di peringkat sekolah menengah.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.