UPSI Digital Repository (UDRep)

Penggunaan media sosial dan ancaman jenayah siber terhadap keselamatan peribadi mahasiswa University Awam di lembah Klang

AVAILABLE Thesis 160 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Penggunaan media sosial dan ancaman jenayah siber terhadap keselamatan peribadi mahasiswa University Awam di lembah Klang
Type
Thesis
Main Author
Muhammad Adil Fikri Mohd Hamizi
Additional Authors
  • Intan Suria Hamzah (advisor)
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membincang faktor-faktor yang mempengaruhi mahasiswa universiti awam menggunakan media sosial, mengenalpasti bentuk-bentuk ancaman jenayah siber yang dialami oleh mahasiswa universiti dan menganalisis langkah-langkah yang boleh diambil oleh mahasiswa untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa ancaman jenayah siber. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menemubual 30 orang Mahasiswa melalui perbincangan kumpulan fokus dari lima buah Universiti Awam terpilih dan informan elit yang terdiri daripada dua orang ahli akademik dan dua orang pegawai PDRM. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor penggunaan media sosial oleh mahasiswa adalah untuk mencari hiburan, berkomunikasi, mencari dan berkongsi maklumat, mengikuti isu semasa, menjana pendapatan dan membeli barangan atas talian. Antara bentuk-bentuk ancaman jenayah siber yang dialami oleh mahasiswa adalah melalui panggilan telefon, penghantaran mesej, penggodaman akaun media sosial, komen lucah, penawaran pekerjaan dan penipuan parcel. Antara langkah-langkah yang boleh digunakan oleh mahasiswa untuk mengelakkan diri daripada ancaman jenayah siber adalah tidak menekan pautan mencurigakan, tidak memberi butiran peribadi dalam media sosial, tidak memberi maklumat peribadi, tidak menerima sebarang tawaran yang mencurigakan, tidak terlalu obsess berkongsi aktiviti harian di media sosial, menyekat akaun penjenayah dan membuat laporan polis. Sehubungan dengan itu, mahasiswa tidak terkecuali menerima ancaman siber apabila menggunakan media sosial. Kajian ini dapat memberi pendedahan berkenaan penjagaan kendiri terhadap maklumat peribadi mahasiswa, memberi pendedahan kepada masyarakat tentang bentuk dan cara ancaman siber yang boleh berlaku serta langkah pencegahan terhadap ancaman siber.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.