UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Thitu Kali Thevi Jayaraman
Additional Authors :
  • Nor Hasnida Che MD Ghazali
Title :Penilaian pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional berdasarkan model CIPP dalam kalangan guru sekolah menengah di negeri Selangor
Hits :7
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Pembangunan Manusia
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Access to this item is restricted as it is published less than 1 year ago.

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) dalam kalangan guru sekolah menengah harian di negeri Selangor. Pembudayaan KPP dalam kalangan guru bermatlamat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru menerusi amalan kolaboratif bagi membangunkan potensi murid secara holistik. Penilaian ini dibuat dengan menggunakan Model CIPP yang menumpukan kepada dimensi Konteks, Input, Proses dan Produk serta gred jawatan guru sebagai _moderator_. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan berbentuk kuantitatif dengan kaedah tinjauan melibatkan seramai 480 orang guru. Data yang dikutip telah dianalisis secara deskriptif dan inferensi berbantukan perisian IBM SPSS 26.0 dan juga SEM AMOS 24.0. Analisis deskriptif dijalankan untuk menjawab persoalan kajian pertama mengenai tahap persepsi guru terhadap dimensi Konteks, Input, Proses dan Produk dalam pelaksanaan KPP. Hasil penilaian menjelaskan dimensi Konteks berada pada tahap agak tinggi iaitu 5.60 berbanding Input (5.50), Proses (5.14) dan Produk (5.45). Analisis inferensi pula menjawab empat persoalan kajian lagi iaitu penilaian antara pengaruh dimensi Konteks, Input, dan Proses terhadap dimensi Produk serta pengujian gred jawatan guru selaku _moderator_ dalam pelaksanaan KPP. Data kajian yang dicerap sepadan (fit) dan memenuhi syarat indeks kesepadanan yang ditetapkan dalam konteks kajian ini (RMSEA = 0.050, CFI = 0.980, TLI = 0.973, Chisq/df = 2.195). Dapatan kajian ini juga menunjukkan dimensi Input tidak mempunyai pengaruh terhadap dimensi Produk. Manakala, dimensi Konteks dan Proses mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap dimensi Produk. Manakala, gred jawatan guru berperanan sebagai _moderator_ dalam hubungan antara dimensi Konteks dan Proses dengan dimensi Produk. Hasil kajian merupakan bukti empirikal berkaitan penilaian pelaksanaan KPP yang boleh dijadikan sebagai indikator oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melakukan penyelarasan dan pemantauan terhadap keberkesanan sumber input yang dibekalkan bagi mengupayakan amalan kolaboratif agar menjamin peningkatan kualiti PdPc guru menerusi pembudayaan KPP.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.