UPSI Digital Repository (UDRep)

Pertimbangan moral Ibu Tunggal melayu dwiperanan pasca covid-19 di Lembah Klang

AVAILABLE Thesis 133 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pertimbangan moral Ibu Tunggal melayu dwiperanan pasca covid-19 di Lembah Klang
Type
Thesis
Main Author
Mohamad Azarul A'inol Wahab
Additional Authors
  • Zuraini Jamil@Osman (advisor)
Subject
RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka pertimbangan moral dalam pengurusan dwiperanan ibu tunggal Melayu pasca COVID-19 di kawasan Lembah Klang. Seramai sembilan orang ibu tunggal Melayu yang bekerja dan mempunyai tanggungan anak dipilih sebagai peserta kajian. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual bersemuka dan dalam talian bagi mengumpulkan data primer. Data dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Model Empat Komponen James Rest digunakan untuk memahami perkembangan psikologi responden dalam membuat keputusan moral dengan menggunakan dilema moral kehidupan sebenar. Tiga skema utama pertimbangan moral dikenal pasti iaitu skema kepentingan diri, pematuhan terhadap norma sosial dan prinsip kemoralan sejagat yang mempengaruhi ibu tunggal Melayu dalam menangani dilema moral pengurusan dwiperanan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu tunggal Melayu mempunyai skema pertimbangan moral yang tersendiri dalam pengurusan dwiperanan mereka. Meskipun berhadapan dengan pelbagai cabaran harian, kesan pasca pandemik COVID-19 menambah kerumitan pengurusan dwiperanan ibu tunggal melalui peningkatan tekanan ekonomi, konflik peranan kerja dan keluarga, gangguan emosi, ketidakseimbangan hubungan interpersonal, stigma sosial serta isu tuntutan nafkah anak. Namun begitu, mereka tetap cenderung membuat keputusan yang selari dengan norma dan peraturan masyarakat. Strategi daya tindak seperti amalan keagamaan dan sokongan sosial dikenal pasti sebagai faktor penyesuaian utama. Implikasi kajian menunjukkan bahawa aspek psikologi perkembangan moral dapat diaplikasikan dalam memahami proses pembuatan keputusan ibu tunggal dalam konteks realiti dwiperanan pasca pandemik.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.