UPSI Digital Repository (UDRep)

Pembangunan modul STEM berasaskan pendekatan projek untuk literasi saintifik dan pemikiran kritis pelajar sekolah rendah

AVAILABLE Thesis 175 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Pembangunan modul STEM berasaskan pendekatan projek untuk literasi saintifik dan pemikiran kritis pelajar sekolah rendah
Type
Thesis
Main Author
Riski, Septiadevana
Additional Authors
  • Norazilawati Abdullah (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Pembangunan Manusia
Year of publication
2025
Degree Type
Doctoral
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul STEM berasaskan pendekatan projek (STEM-PjBL) yang dapat meningkatkan literasi saintifik dan pemikiran kritis pelajar, serta digunakan oleh guru sekolah rendah di Indonesia. Pendekatan yang digunakan adalah reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang terdiri daripada tiga fasa. Fasa 1 melibatkan analisis keperluan dengan menggunakan soal selidik kepada 397 orang guru. Seterusnya, fasa 2 melibatkan reka bentuk dan pembangunan, yang mengaplikasikan kaedah kajian literatur, temu bual dengan tujuh orang pakar, dan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) yang melibatkan 20 orang pakar. Fasa 3 adalah penilaian kebolehgunaan modul menggunakan kaedah kumpulan nominal ubah suai (modified NGT) yang melibatkan 21 orang guru pakar yang telah menggunakan modul tersebut. Dapatan kajian fasa 1 menunjukkan bahawa majoriti guru bersetuju terdapat keperluan untuk membangunkan modul STEM-PjBL di peringkat sekolah rendah bagi menggalakkan kemahiran literasi saintifik dan pemikiran kritis. Dapatan kajian fasa 2 menunjukkan bahawa prototaip modul STEM-PjBL telah dibangunkan berdasarkan konstruk dan item yang telah disahkan oleh pakar. Semua konstruk dan item yang dipilih memperoleh kesepakatan pakar _75.0% memenuhi syarat dengan nilai _-cut 0.5 dan nilai threshold (d) _0.2. Purata kesahan kandungan menunjukkan keseluruhan modul memperoleh nilai kesahan sebanyak 87.76%, manakala nilai >0.83 diperoleh melalui kiraan I-CVI dan S-CVI. Dapatan fasa 3 menunjukkan peratusan kebolehgunaan _70.0%, menandakan bahawa modul berada pada status yang sesuai untuk digunakan. Kesimpulannya, kajian ini menghasilkan modul STEM-PjBL yang berpotensi meningkatkan literasi saintifik dan pemikiran kritis pelajar, serta boleh digunakan dalam pengajaran topik Jirim dan Perubahannya di sekolah rendah Indonesia.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.