|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan untuk membangunkan modul STEM berasaskan pendekatan projek (STEM-PjBL) yang dapat meningkatkan literasi saintifik dan pemikiran kritis pelajar, serta digunakan oleh guru sekolah rendah di Indonesia. Pendekatan yang digunakan adalah reka bentuk dan pembangunan (DDR) yang terdiri daripada tiga fasa. Fasa 1 melibatkan analisis keperluan dengan menggunakan soal selidik kepada 397 orang guru. Seterusnya, fasa 2 melibatkan reka bentuk dan pembangunan, yang mengaplikasikan kaedah kajian literatur, temu bual dengan tujuh orang pakar, dan kaedah Fuzzy Delphi (FDM) yang melibatkan 20 orang pakar. Fasa 3 adalah penilaian kebolehgunaan modul menggunakan kaedah kumpulan nominal ubah suai (modified NGT) yang melibatkan 21 orang guru pakar yang telah menggunakan modul tersebut. Dapatan kajian fasa 1 menunjukkan bahawa majoriti guru bersetuju terdapat keperluan untuk membangunkan modul STEM-PjBL di peringkat sekolah rendah bagi menggalakkan kemahiran literasi saintifik dan pemikiran kritis. Dapatan kajian fasa 2 menunjukkan bahawa prototaip modul STEM-PjBL telah dibangunkan berdasarkan konstruk dan item yang telah disahkan oleh pakar. Semua konstruk dan item yang dipilih memperoleh kesepakatan pakar _75.0% memenuhi syarat dengan nilai _-cut 0.5 dan nilai threshold (d) _0.2. Purata kesahan kandungan menunjukkan keseluruhan modul memperoleh nilai kesahan sebanyak 87.76%, manakala nilai >0.83 diperoleh melalui kiraan I-CVI dan S-CVI. Dapatan fasa 3 menunjukkan peratusan kebolehgunaan _70.0%, menandakan bahawa modul berada pada status yang sesuai untuk digunakan. Kesimpulannya, kajian ini menghasilkan modul STEM-PjBL yang berpotensi meningkatkan literasi saintifik dan pemikiran kritis pelajar, serta boleh digunakan dalam pengajaran topik Jirim dan Perubahannya di sekolah rendah Indonesia. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |