UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About
Menu Icon

QR Code Link :

Type :Thesis
Subject :LB Theory and practice of education
Main Author :Mohd Hazwan Nor Hashim
Additional Authors :
  • Abd Rahman Abd Ghani
Title :Implikasi penguasaan dabt al Quran terhadap pembacaan al Quran dalam kalangan guru guru agama negeri Johor
Hits :7
Place of Production :Tanjong Malim
Publisher :Fakulti Sains Kemanusiaan
Year of Publication :2025
Corporate Name :Perpustakaan Tuanku Bainun
PDF Guest :Click to view PDF file
PDF Full Text :Click to view PDF file

Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun
Kajian ini meneliti tahap penguasaan bacaan al-Quran dalam kalangan guru agama di sekolah-sekolah agama kerajaan Negeri Johor dengan memberi penekanan terhadap pemahaman dan aplikasi ilmu dabt al-Quran. Kajian ini dirangka untuk mencapai empat objektif utama iaitu menilai tahap pengetahuan guru, tahap kesedaran terhadap kepentingan dabt, tahap penguasaan bacaan berasaskan prinsip dabt serta menganalisis hubungan antara pengetahuan dan tahap penguasaan bacaan al-Quran. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kuantitatif berbentuk tinjauan dengan pengumpulan data melalui soal selidik bertulis dan rakaman bacaan al-Quran. Seramai 230 orang guru agama terlibat sebagai responden. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ujian korelasi Spearman melalui perisian IBM SPSS Versi 27.0. Ketepatan instrumen disahkan melalui pengesahan pakar, manakala kebolehpercayaannya dibuktikan menerusi kajian rintis dengan nilai Alfa Cronbach sebanyak 0.762. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kesedaran guru terhadap kepentingan dabt al-Quran adalah tinggi, manakala tahap penguasaan bacaan al-Quran berasaskan prinsip dabt berada pada tahap sederhana tinggi. Namun begitu, hubungan antara pengetahuan dan penguasaan bacaan didapati sangat lemah dan tidak signifikan secara statistik (r = -0.0183; p = 0.7827), menandakan bahawa pengetahuan teori semata-mata tidak mencukupi untuk menghasilkan penguasaan bacaan yang mantap. Dapatan ini menekankan keperluan kepada pendekatan pedagogi yang lebih bersifat amali, khususnya melalui latihan talaqqi dan bimbingan bacaan berstruktur. Kajian ini mencadangkan agar modul dabt al-Quran diintegrasikan dalam kurikulum latihan guru serta diperkukuh dengan program pembangunan profesional berterusan. Implikasi kajian ini memberi sumbangan penting kepada usaha penambahbaikan mutu pendidikan al-Quran di institusi pendidikan Islam, khususnya dalam konteks Malaysia.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to search page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.