|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh personaliti, beban tugas dan tekanan kerja terhadap potensi untuk mendera kanak-kanak dalam kalangan pengasuh taska di Pulau Pinang. Kajian ini turut menguji personaliti lima dimensi sebagai moderator yang mempengaruhi hubungan antara tekanan kerja dengan potensi untuk mendera, disamping menilai peranan tekanan kerja sebagai mediator dalam hubungan antara beban tugas dengan potensi untuk mendera. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif kaedah tinjuan. Seramai 300 orang pengasuh taska telah terlibat sebagai responden kajian, kebanyakannya berbangsa Melayu, perempuan berumur antara 21 hingga 49 tahun. Data dikumpul melalui edaran borang soal selidik menggunakan instrumen Big Five Inventory, Job Related Tension Index, NASA Task Load Index, dan Brief Child Abuse Potential Inventory, yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu. Analisis data menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences dan Macro Hayes 4.1. Dalam kajian ini nilai t (282) = 5.49, p = .01 dan dapatan deskriptif menunjukkan dimensi personaliti neurotisme mencatat skor purata tinggi iaitu (M = 29.07, SD = 6.92) manakala faktor tekanan kerja (M = 63.45, SD = 10.77) berada pada tahap tinggi secara keseluruhan, diikuti oleh beban tugas (M = 54.31, SD = 13.06). Hasil analisis moderator mendapati dimensi kesetujuan dan keterbukaan bertindak sebagai moderator yang signifikan dalam hubungan antara tekanan kerja dan potensi untuk mendera. Analisis mediator pula menunjukkan bahawa tekanan kerja berperanan sebagai pengantara sebahagian (partial mediator) dalam hubungan antara beban tugas dan potensi untuk mendera (_ = .08, t (298) = 4.69, p = .01). Kesimpulannya, faktor personaliti, beban tugas dan tekanan kerja dalam kalangan pengasuh mempengaruhi potensi untuk mendera kanak-kanak di taska, dengan tekanan kerja memberikan pengaruh yang paling besar. Kajian ini memberi sumbangan kepada pihak pengurusan taska dalam mencadangkan pelaksanaan ujian saringan psikologi dan penilaian psikososial semasa pengambilan pengasuh serta membangunkan modul intervensi untuk mengurus tekanan kerja dan beban tugas |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |