Keberkesanan penggunaan modul Augmented Reality topik komponen mekanikal terhadap pencapaian dan minat murid
Type
Thesis
Main Author
Muhammad Firdaus Zamuri
Additional Authors
Suhazlan Suhaimi (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan teknologi Augmented Reality (AR) melalui modul pembelajaran terhadap pencapaian akademik dan minat murid dalam topik pengenalan komponen mekanikal. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah eksperimen kuasi melibatkan 100 orang murid Tingkatan Dua dari dua buah sekolah di Negeri Sembilan. Murid dibahagikan kepada kumpulan rawatan yang menggunakan modul AR dan kumpulan kawalan yang menerima pengajaran konvensional. Instrumen kajian terdiri daripada ujian pencapaian dan soal selidik minat yang telah disahkan oleh pakar bidang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kumpulan rawatan mencatatkan skor min yang lebih tinggi (M = 44.06, SD = 3.02) berbanding kumpulan kawalan (M = 30.68, SD = 3.92). Analisis korelasi pula menunjukkan hubungan yang sangat kuat antara minat dan pencapaian (r = 0.973, p < 0.01). Selain itu, dapatan soal selidik menunjukkan tahap minat murid yang tinggi terhadap penggunaan AR dalam pembelajaran, dengan nilai min keseluruhan 4.484. Kesimpulannya, penggunaan modul AR bukan sahaja meningkatkan pencapaian akademik dan juga minat murid dalam topik mekanikal. Implikasinya, penggunaan teknologi AR berpotensi besar dalam merangsang minat, memperkukuh pemahaman konsep, serta mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran secara menyeluruh dalam subjek Reka Bentuk dan Teknologi dan selaras dengan keperluan abad ke-21.
Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.