|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Penguasaan didik hibur merupakan tuntutan pendidikan pada abad ke-21. Dengan itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Modul Seronok Belajar Matematik Berasaskan didik hibur bagi Nombor Bulat dan Operasi Asas Matematik (Modul Seronok Belajar Matematik) bagi kegunaan guru dan murid di Sekolah Dalam Hospital. Pendekatan Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (Design and Development Research - DDR) telah diaplikasikan. Kajian ini dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu Fasa I (Analisis Keperluan) yang melibatkan kajian tinjauan ke atas 15 sampel yang terdiri daripada guru-guru matematik dan muridmurid sekolah dalam hospital. Manakala, Fasa II (Reka Bentuk dan Pembangunan) melibatkan 10 orang pakar matematik sekolah rendah bagi menentukan elemenelemen modul. Seterusnya, Fasa III (Penilaian) terdiri daripada penilaian kesahan draf modul oleh enam orang pakar serta penilaian kebolehgunaan modul melibatkan 15 orang murid sekolah dalam hospital dan seorang guru matematik. Selain itu, data tahap penguasaan kemahiran didik hibur selepas penggunaan modul juga digunakan untuk analisis nilai Cronbach_s Alpha bagi menentukan tahap kebolehpercayaan modul. Dapatan kajian Fasa I menunjukkan perlunya pembangunan Modul Seronok Belajar matematik. Manakala, analisis dapatan Fasa II menggunakan teknik Fuzzy Delphi mendapati kesepakatan pakar dari segi kesesuaian item-item dalam Modul Seronok Belajar matematik. Selain itu, modul ini mencapai nilai peratus kesahan yang tinggi bagi setiap item yang dinilai. Hasil analisis ujian-t berpasangan pada Fasa III pula mendapati Modul Seronok Belajar matematik berupaya meningkatkan penguasaan didik hibur dalam kalangan murid sekolah dalm hospital secara signifikan. Kebolehpercayaan modul ini juga adalah tinggi menandakan ketekalan dalamannya yang baik. Implikasinya, modul ini dapat membantu guru matematik di sekolah dalam hospital meningkatkan dan memperkasakan amalan PdPc dalam bilik darjah. Kajian ini juga mempunyai teoritikal melibatkan KPM, guru dan murid. Kesimpulannya, Modul Seronok Belajar matematik berpotensi meningkatkan penguasaan pembelajaran Nombor Bulat dan Operasi Asas melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran didik hibur. |
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |