|
UPSI Digital Repository (UDRep)
|
|
|
|
||||||||||||||||||||||||||||
| Abstract : Perpustakaan Tuanku Bainun |
| Untuk menggunakan sepenuhnya kelebihan yang terdapat pada fungsi nisbah Bezier kuadratik, maka kertas kerja ini akan mengemukakan suatu pendekatan inovatif bagi mengekalkan bentuk data dengan menggunakan fungsi ini. Penjanaan paparan lengkung yang kelihatan licin, menyenangkan dan menarik adalah antara fokus utama dalam kajian ini. Fungsi yang akan digunakan hanya mempunyai satu parameter bentuk, i v sahaja bagi mengekang bentuk lengkung. Oleh itu, dua jenis parameter bentuk bebas, i v akan diterbitkan bagi mendapatkan bentuk lengkung yang dapat melalui semua data dengan licin serta mengekalkan bentuk asas data dengan parameter bentuk pertama diterbitkan untuk menjana lengkung dengan keselanjaran darjah pertama. Manakala satu lagi parameter bentuk berikutnya diterbitkan untuk menjana lengkung yang dapat mengekalkan bentuk asas data iaitu kepositifan. Akhir sekali kertas kerja ini akan menjana lengkung yang dapat mengekalkan bentuk asas data dengan lebih licin dan menyenangkan berdasarkan parameter bentuk keselanjaran darjah pertama.
Kata kunci paparan data, fungsi nisbah Bezier kuadratik, pengekalan bentuk data |
| References |
Hussain, M.Z & Ali, J.M. (2004). Visualizing positive pata by rational quadratic curve. Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke 12, 2004. Hussain, M.Z., Ayub, N. & Irshad, M. (2007). Visualization of 2D data by rational quadratic function. Journal of Information and Computing Science, Vol. 2, No. 1, 17-26. Karim, S. A. A. (2008). Fungsi ball teritlak nisbah untuk lengkung interpolasi cembung dan berekanada. (Master Tesis online, Universiti Sains Malaysia, 2008). Retrieved from World Wide Web: http://eprints.usm.my.
|
| This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials. You may use the digitized material for private study, scholarship, or research. |