UPSI Digital Repository (UDRep)

Analisis kekerapan kolokasi budaya dalam korpus buku teks Bahasa Iban

AVAILABLE Thesis 94 Views
Scan QR Code to share or view item link:

Digital Assets & Download Files
Guest Preview PDF
Public preview document
Preview PDF
Full Text PDF
Complete document publication
View PDF File
General Information Cached
Title
Analisis kekerapan kolokasi budaya dalam korpus buku teks Bahasa Iban
Type
Thesis
Main Author
Debbie Grace Frederick Matt
Additional Authors
  • Muhamad Fadzilah Zaini (advisor)
Subject
LB Theory and practice of education
Language Code
zsm
Bibliographic Details
Place of Production
Tanjong Malim
Publisher
Fakulti Bahasa dan Komunikasi
Year of publication
2025
Degree Type
Masters
Corporate Name
Perpustakaan Tuanku Bainun

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meneliti kolokasi kata berdasarkan elemen budaya dalam buku teks bahasa Iban. Antara aspek yang diteliti dalam kajian ini adalah termasuk (1) mengenal pasti kekerapan kata berdasarkan elemen budaya dalam Korpus Buku Teks bahasa Iban sekolah menengah; (2) menganalisis klasifikasi kata berdasarkan elemen budaya Korpus Buku Teks bahasa Iban sekolah menengah; dan (3) menghuraikan hubungan antara kata berdasarkan elemen budaya dan pemaknaan berdasarkan Korpus Buku Teks Bahasa Iban Sekolah Menengah. Kajian ini menggunakan buku teks bahasa Iban sekolah menengah yang bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Manakala reka bentuk bagi kajian ini pula ialah kuantitatif yang berpandukan korpus. Perisian korpus yang digunakan dalam kajian ini pula ialah LancsBox 6.0. Berdasarkan hasil janaan WORDS, terdapat 6530 kata kandungan yang terdapat dalam buku teks bahasa Iban. Namun, pengkaji telah memilih 18 kata kandungan yang mempunyai elemen-elemen budaya. Antara elemen budaya yang ditetapkan ialah sosial, tradisi, seni, bahasa, kepercayaan dan pakaian. Kata kandungan yang mempunyai elemen budaya ialah bansa, raban, gaga, iban, tanda, nemuai, petara, antu, burung, kala, ukir, chura, jaku, leka, ensera, marik, gagung dan sirat. Berdasarkan hasil dapatan kajian, pengkaji mendapati bahawa setiap kata tersebut mempunyai kolokasi dengan kata lain dan hubungan antara kata dengan pemaknaan dapat diteliti melalui hasil janaan konkordans. Oleh itu, terdapat sembilan kata yang mempunyai unsur makna sinonim, iaitu raban, nemuai, petara, ukir, chura, ensera, marik, gagung dan sirat. Manakala kata gaga, tanda, antu, kala dan leka pula mempunyai unsur makna homograf. Kata yang terdiri daripada makna homonim adalah termasuk kata bansa, iban, burung dan jaku. Kajian ini menunjukkan bahawa bahasa Iban juga mempunyai unsur perluasan makna dan menjadikan bahasa Iban sangat unik untuk diterokai dari segi pemaknaan kata.

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or 016-3630263. Office hours only.